Biar
saya cerita. Semasa solat asar di surau 1Borneo tadi, tiba-tiba seorang
perempuan masuk dengan pakaian begitu seksi. Skirt paras paha,
menampakan warna kaki yg putih gebu dan baju lengan pendek. Semua orang
dalam surau terperanjat melihat kehadirannya lebih-lebih lagi wanita
yang bertudung lebar. Ada yang geleng-geleng kepala dan berbisik-bisik.
Wanita tadi tidak hiraukan apa yang berlaku, dia terus berwuduk dan
memakai telekung lalu solat.
Saya duduk dibelakangnya, demi Allah saya betul-betul kagum dengan
wanita itu. Walaupun dia seksi tetapi dia tetap menjalankan
tanggungjawabnya sebagai muslim.
Gambar diatas kalau anda semua boleh perasan, cara duduk tahiyat akhir
wanita ini adalah silap. Kakinya diletakkan di sebelah kiri walha
sepatutnya kanan. Dalam hati saya terdetik, mungkin wanita ini baru
hijrah atau menggenal sembahyang. Tapi dia berusaha. Saya kagum !
Selesai dia solat, saya beranikan diri menegur dia. Mula-mula puji kulit
dia yang putih gebu, tanya bangsanya, asal di mana dan semualah..
selepas itu saya meneka-neka adakah dia saudara baru (masuk islam).
Tekaan saya betul.
Wanita ini berketurunan cina, nama islamnya adalah Balqis. Dia baru
belajar solat dan dia tidak tahu cara duduk tahiyat itu silap kerana
tidak pernah ditegur sesiapa. Demi Allah, saya kagum dengan mua'laf itu.
Dia belajar solat dan jika begitu imannya, saya tidak hairan jika suatu
masa dia berjilbab. Semoga dia istiqomah. Amin
Di antara wahyu Allah kepada nabi Dauud 'alaihis salaam:
"Tiada seorang hamba yang taat kepada-Ku melainkan Aku memberinya
sebelum dia minta, dan mengabulkan permohonannya sebelum dia berdoa, dan
mengampuni dosanya sebelum dia mohon pengampunan (istighfar)." (HR.
Ad-Dailami)
Iblis berkata kepada Robbnya, "Dengan keagungan dan kebesaranMu, aku
tidak akan berhenti menyesatkan bani Adam selama mereka masih bernyawa."
Lalu Allah berfirman: "Dengan keagungan dan kebesaranKu, Aku tidak akan
berhenti mengampuni mereka selama mereka beristighfar". (HR. Ahmad)
2 comments:
bagusnya Anis pergi tegur dia. hehe. barulah sama sama menegur umat seagama namanya.
@bazilah abu hassan eh tak . ni anis share dari orang je :)