Monday 29 April 2013

BAYI DIHUMBAN DARI TINGKAT 5! PECAH KEPALA..'ANGKARA MANUSIA BERTOPENGKAN IBLIS'!!


KUALA LUMPUR: Kekejaman jenayah buang bayi ibarat mencapai tahap kemuncak apabila seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui mati dengan kepala berkecai dipercayai akibat dicampak dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Sentul Utara.

Bayi berkenaan dipercayai masih hidup sebelum dicampak. Dipercayai bayi itu dibawa seseorang ke tingkat lima pangsapuri berkenaan berdasarkan kesan darah yang ditemui di tangga bangunan itu. Penduduk yang menemui mangsa, Ahmad Azhari, 34, berkata ketika itu dia baru meletakkan keretanya di tempat letak kenderaan di bawah pangsapuri berkenaan. Menurutnya, ketika berjalan menuju rumahnya, dia melihat benda seakan-akan bayi terbaring di tepi tong sampah di atas jalan.

“Saya pada mulanya menyangka benda itu anak patung, namun pelik apabila melihat ada kesan darah. Saya kemudian berjumpa jiran yang berada berdekatan dan menyuruhnya memeriksa objek itu dan terkejut apabila mendapati ia mayat bayi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Jirannya, Mokhtar Ahmad berkata, ketika melihat mayat bayi itu dari dekat, hatinya amat tersentuh kerana terdapat kecederaan teruk pada kepala bayi itu. Tak sangka ada manusia tergamak melakukan
perbuatan kejam ini,” katanya yang melaporkan kejadian itu kepada polis!
 

Friday 26 April 2013

Segmen Makan Donut

 
 
 
 
 mari join . syarat sangat senang.
Hadiah:
Tempat pertama Topup RM 50 *seorang jahh pemenang tempat pertama tuhhh 
Tempat kedua Topup RM 10
Tempat ketiga Topup RM 5

Wednesday 24 April 2013

demam gwiyomi -.-


hai semua ! nak cerita pasal gwiyomi sebab dah takde topik nak cakap !
haha okey sekarang ni memang ramai sangat buat gwiyomi ni kan ! tapi ada orang cakap gwiyomi tu saya sayang yahudi -.- amboi semua nak yahudi ni kenapa ? gwiyomi ni kan cutie -.- brrr
pastu anis jumpa gwiyomi nora danish >< omg comelnya dia kan !
hihi pastu ramai lagi aa yang buat . aade yang pakai singlet je buat gwiyomi >< 
cina maybe . tapi kt situ dia tulis melayu tau .. haha ape ape jelah.... btw anis tak minat kpop k ...
mak anis pon cakap takpayah nak ngada ngada minat kpop bagai ..aku pop kau nanti.. haha lawak ah !
anis malas nak bagi video ... malas malas !

byee homeworking time

Sunday 21 April 2013

Mudah Giveaway By Iezwa Razk


hai anis join GA ni ! syarat sangat mudah macam tajuknyaa :D


mari join !



Friday 19 April 2013

25 Sikap yang Perlu Dihindari Pelajar

 
 

  • 1. Mempunyai sifat “malas” yang menjadi musuh utama kejayaan.
  • 2. Tidak bermotivasi.
  • 3. Mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum tentu memberi jaminan masa depan.
  • 4. Menjadikan seseorang yang telah gagal sebagai idola atau model.
  • 5. Tidak bersedia menghadapi pembelajaran dalam bilik darjah.
  • 6. Tiada perancangan untuk belajar dengan berkesan.
  • 7. Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang menjurus ke arah perkara-perjara yang tidak baik.
  • 8. Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar hingga ke saat-saat akhir peperiksaan.
  • 9. Datang lewat ke sekolah dan selalu ponteng sekolah.
  • 10. Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.
  • 11. Berangan-angan dan sering bermain-main dalam bilik darjah.
  • 12. Tidak mempunyai kelengkapan persekolahan yang lengkap untuk proses pembelajaran.
  • 13. Sentiasa bermasalah, suka mencari masalah dan mendatangkan masalah di sekolah dan luar sekolah.
  • 14. Melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak dengan rakan-rakan di bandar-bandar, terlibat dengan kegiatan tidak bermoral
  • 15. Menjadikan kemiskinan penghalang kepada usaha untuk berjaya dalam pendidikan.
  • 16. Terlalu berserah pada nasib dan tidak mahu lagi berusaha untuk mengubah dirinya.
  • 17. Lebih banyak bergantung kepada ibu, bapa, guru dan rakan-rakan untuk belajar. Tidak boleh berdikari.
  • 18. Tidak ada perancangan masa untuk belajar seperti mengadakan jadual waktu.
  • 19. Sentiasa beranggapan bahawa peperiksaan dalam kelas adalah tidak penting.
  • 20. Tidak menggunakan sepenuhnya perpustakaan sebagai gedung untuk mencari dan menambahkan ilmu.
  • 21. Tidak sanggup mengorbankan masa, tenaga, fikiran dan wang ringgit demi untuk pelajaran. Pelajar seperti ini lebih sanggup menghabiskan wang mereka untuk membeli majalah-majalah hiburan atau komik kegemaran mereka.
  • 22. Tidak menghormati ibu, bapa, guru, orang tua dan rakan-rakan sekelas.
  • 23. Mementingkan diri sendiri dalam apa sahaja yang dilakukan termasuklah pembelajaran.
  • 24. Gagal menunaikan tanggungjawab kepada Allah.
  • 25. Menyalahkan nasib dan takdir jika berlaku sebarang masalah. Namun tidak pernah mahu menyalahkan diri sendiri.
ini tips yang anis copy dari sorang blogger ni :) harap berguna untuk semua pelajar.

Thursday 18 April 2013

" Bertudung Satu Budaya Bukan Tuntutan Agama " - Penyokong DS Najib

 
 
 
p/s Astagfirullahalazim... ajaran sesat ni kot
 

Monday 15 April 2013

Subhanallah!! Hutan Ditemui Dibawah Padang Pasir

 
Dashyat sungguh ciptaan Allah S.W.T, Di Maghribi terdapat sebuah hutan di bawah tanah tengah padang pasir. Bayangkan di bawah tanah lubang padang pasir yang gersang wujudnya hutan yang subur tumbuh didalam kegelapan.
Salah satu tanda Kiamat adalah bahawa “tanah orang Arab” sekali lagi menjadi padang rumput dan sungai-sungai selepas menjadi padang pasir untuk sekian masa yang lama .

Telah diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah S.A.W pernah bersabda : “Kiamat tidak akan bermula sehingga tanah Arab sekali lagi akan menjadi padang rumput dan sungai.”
[Diriwayatkan oleh Muslim (157)]
 

Thursday 11 April 2013

Ape Dah Jadi ni ??

 
ya Allah korang, kenapa dengan edit html ni ? sejak bila jadi macam ni ?
coding dia anis takfaham lah ! takboleh ubah balik kepada normal ke ? erghh coding dia pelik !
banyak code yang takde .. so macam mana nak edit -..-
 
saya benci edit html sekarang -.-

Kisah Teladan Wanita Mengumpat Yang Sukar DiKafankan

 
 

Setiap manusia yang hidup pasti akan merasai mati. Itu adalah janji Allah SWT kepada hambaNya. Namun bagaimana cara kita mati, tempat kita mati, keadaan kita mati hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Kita sebagai hamba Allah hanya perlu sentiasa berdoa agar mati dalam khusnul khatimah.
Di bawah ini terdapat satu kisah yang mana diceritakan kisah seorang wanita yang gemar mengumpat, akhirnya sukar untuk dikafankan.
Sebagai bilal pengurusan jenazah, banyak pengalaman yang telah saya tempuhi. Ada di antaranya yang cukup menyedihkan. Tidak kurang juga yang benar-benar memberi keinsafan. Salah satu daripada pengalaman-pengalam an itu membabitkan masalah kain kapan tidak muat pada hal mayat yang hendak di kapankan bersaiz kecil. Ini bertentangan dengan satu lagi mayat yang saya uruskan, di mana kain kapannya mencukupi walapun orangnya berbadan tinggi dan gemuk.
Sepanjang pengelaman saya dalam pengurusan jenazah sejak lebih 30 tahun lalu, saya mengunakan kain kapan sebanyak 24 ela untuk mengapankan mayat. Jumlah itu selalunya mencukupi tidak kira sama ada mayat bersaiz besar atau kecil, gemuk atau kurus.
Tetapi sewaktu menguruskan satu jenazah di negeri Selangor beberapa tahun lalu, kain kapan sebanyak 24 ela yang saya sediakan itu tidak mencukupi pada hal mayatnya kecil sahaja. Mayat itu berkeadaan biasa, berbadan kurus dengan ketinggian lebih kurang lima kaki. Saya diberitahu arwah meninggal dunia kerana sakit jantung. Orangnya sudah tua, umurnya sekitar 60-an.
Seperti biasa sebelum memandikan mayat, saya memotong dahulu kain kapannya sebanyak tiga keping. Panjangnya mengikut ketinggian arwah kemudian di tambah satu hasta di hujung kepala Dan satu hasta di hujung kaki. Selepas semuanya siap disusun, saya mula memandikan arwah dengan bantuan adik saya, Rafeah. Tiada keanehan ketara berlaku semasa arwah di mandikan, cuma mukanya agak kuning Dan najisnya, Maha Suci Allah amat banyak. Makin dikorek makin banyak yang keluar.
“Eee, Ada lagi najis”, kata adik saya Rafeah kehairanan. Selalunya tidak sampai setengah jam, najis sudah habis keluar tetapi yang ini, lebih 45 minit baru habis. Setelah lebih dua jam berlalu, baru selesai tugas kami memandikan mayat itu. Selalunya satu setengah jam sudah mencukupi.Bila semuanya sudah bersih, arwah dipindahkan untuk dikapan. Sebaik sahaja arwah diletakkan ke atas kain kapan, saya terperanjat besar bila mendapati kain putih yang saya sediakan tadi tidak muat. Entah macam mana kain kapan di hujung kepala Dan di hujung kakinya cuma tinggal satu jari sahaja.
“Eee, kenapa tak cukup. Takkan salah potong”, saya berkata pada adik saya. Wajahnya turut berkerut kehairanan bila mendapati kain kapan yang kami sediakan itu tidak muat. Kami berdua sama-sama bingung Dan bertanya-tanya di mana silapnya.
Nak katakan saya tersalah ukur semasa memotong tadi, mustahil. Rafeah sendiri menyaksikan Dan membantu saya memotong kain itu. Sudah bertahun-tahun kami berdua melakukan perkerjaan ini, tidak mungkin kami tersalah potong. Nak katakan pembekal kain bersalah ukur, juga tidak mungkin. Sebelum memotong, kami mengukur terlebih dahulu kain kapan itu dan mendapatinya cukup 24 ela.
Setiap kali berlaku kematian, orang yang sama itulah yang membekalkan kain kapan kepada saya. Tidak mungkin dia tersalah ukur. Saya mula berkecimpung dalam pengurusan jenazah sejak berusia 17 tahun lagi.. Waktu itu saya mengikut nenek saya menguruskan jenazah di kawasan Klang sebelum di lantik sebagai bilal pengurusan jenazah wanita oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada tahun 1973.
Sepanjang tempoh pembabitan saya dalam bidang itu, inilah kali pertama saya berdepan dengan masalah kain kapan tidak muat. Mungkin inilah yang dikatakan habuan Dan bahagian masing-masing. Entah apa amalan arwah semasa hayatnya hanya Tuhan sahaja yang mengetahui. Semoga Tuhan mengampunkan segala dosanya Dan mencucuri rahmat di atas rohnya.
Untuk menambah kain putih yang lain, dah tak Ada . Kain yang saya bawa itu semuanya sudah di pakai, tiada lagi saki-bakinya. Mahu tak mahu mayat arwah dikapankan juga menggunakan apa yang Ada . Maha Suci Allah, saya sekali lagi teperanjat besar bila mendapati kain kapan itu tidak mencukupi untuk membungkus mayat arwah. Bahagian tengahnya ternganga seperti membungkus nasi lemak. Selalunya kain kapan yang saya sediakan boleh menutup hingga ke bahagian tepi. Puas saya tarik untuk Cuba menutup bahagian yang ternganga tetapi gagal. Untuk mengatasi masalah itu, saya terpaksa menggunakan kapas untuk menutup bahagian yang ternganga sebelum mengikatnya kemas-kemas.
Sebaik sahaja selesai kerja-kerja mengapan, arwah disembahyangkan kemudian dibawa ke tanah perkuburan. Dan dengan itu selesailah kewajiban saya. Namun cerita-cerita daripada salah seorang yang membantu kerja-kerja pengebumian jenazah membuatkan diri saya menjadi bertambah bingung.
Menurutnya, semasa jenazah hendak dikebumikan, satu keanehan berlaku yang benar-benar memberi keinsafan kepada sesiapa sahaja yang hadir.Ketika jenazah diturunkan, liang lahad yang disediakan didapati tidak cukup panjang hingga menyebabkan bahagian kaki jenazah membengkok. Akibatnya, jenazah terpaksa ditarik naik Dan liang lahad digali semula. Bila kubur siap di gali, jenazah diturunkan untuk kali kedua. Allah Maha Besar, liang lahad masih sempit walaupun telah digali melebihi enam kaki. Setiap yang hadir bertambah hairan. Apakah amalannya hingga diseksa begitu rupa?
Jenazah dinaikkan semula Dan liang lahad ditebuk lagi untuk kali ketiga. Bila selesai kerja-kerja menggali, jenazah diturunkan. Alhamdulillah, cubaan kali ketiga berjaya Dan jenazah akhirnya selamat dikebumikan. Masing-masing menghembus nafas lega. Apa yang berlaku pada jenazah itu memanglah menyedihkan. Saya sendiri tertanya-tanya bagaimana kain kapan yang saya bawa itu tidak muat dengannya. Untuk memastikan kedudukan sebenarnya, saya pergi ke kedai yang membekalkan kain kapan kepada saya untuk bertanya berapa banyak kain putih yang dibekalkan kepada saya. Jika betul 24 ela,kenapa kain itu tidak cukup sedangkan mayat yang dikapankan bersaiz kecil.
Jawapan yang diberikan oleh pekedai itu menyedarkan saya tentang kebesaran Allah. Menurutnya, kain putih yang dibekalkan kepada saya sama seperti kebiasaannya, ia itu 24 ela. Jika kain itu tidak mencukupi itu bukanlah salah sesiapa sebaliknya merupakan ketentuan Allah. Maha Suci Allah Allah, memang benar apa yang dinyatakan oleh pekedai itu. Apa yang berlaku ke atas jenazah itu merupakan balasan daripada Allah. Mungkin ada di antara amalan-amalannya yang bertentangan dengan ajaran Tuhan. Entah apa yang dilakukan oleh allahyarham semasa hayatnya, wallahualam, hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinnya.
Tetapi daripada cerita-cerita yang saya dengar, arwah dikatakan menpunyai tabiat buruk – suka mengumpat dan mengatakan orang. Tidak cukup dengan itu, arwah juga dikatakan suka mengambil tahu urusan orang serta gemar membawa mulut dari rumah ke rumah. Bukanlah niat saya untuk membongkarkan keburukan arwah tetapi sekadar memberi nasihat. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran dan memberi pedoman dan iktibar mereka yang masih hidup. Hindarkan perkara-perkara keji demi kesejahteraan kita sendiri. Pengalaman yang cukup menginsafkan itu jauh berbeza dengan apa yang saya lalui semasa menguruskan satu lagi jenazah kira-kira sebulan kemudian.
Orangnya saya kenal, berbadan gemuk dan berusia sekitar 50-an.. Punca kematiannya ialah darah tinggi. Sewaktu menatap jenazahnya untuk kali petama, saya mendapati mukanya tenang dan jernih. Walaupun bertubuh besar, tetapi Maha Suci Allah, badannya lembut dan ringan. Saya dan adik saya Rafeah tidak mengalami sebarang masalah untuk mengalih-alihkan badannya. Najisnya tak ada langsung. Puas kami menekan dan mengorek, tetapi tiada sebarang kesan najis.
“Bersih betul mayat ini”, saya berbisik kepada Rafeah. Tiada langsung kesan kotoran pada tubuhnya, seolah-olah dirinya telah dibersihkan sebelum menghembus nafas terakhir. Seronok betul kami menguruskannya. Mayat itu selesai dimandikan dalam tempoh tidak sampai sejam. Sewaktu hendak mengapan jenazah, kami berdua pada mulanya di selubungi kebimbangan takut-takut peristiwa kain kapan tidak muat berulang lagi. Maklumlah, sedangkan jenazah kecil pun tak muat inikan pula jenezah yang besar. Tetapi syukur alhamdulillah, kain kapan yang kami bawa sebanyak 24 ela itu cukup untuk menutupi seluruh bahagian. Selesai kerja-kerja mengapan jenazah disembayangkan.
Kerana terlalu ramai yang hadir, jenazah disembahyangkan dua kali. Kali pertama di rumah dan kali kedua di masjid. Jenazah akhirnya dibawa ketanah perkuburan dan selamat dikebumikan. Perjalanan lancar tanpa sebarang halangan. Saya sendiri berasa seronok menguruskannya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.
Arwah memang dikenali di kalangan penduduk-penduduk kampungnya sebagai seorang yang kuat beribadat. Sifatnya yang suka bersedekah dan menolong orang ternyata mendapat balasan yang setimpal. Keadaannya jauh berbeza dengan jenazah kurus yang tidak muat kain kapannya. Bukan menghina atau mencaci tetapi itulah hakikatnya.Perbezaan itu jelas menunjukkan betapa pentingnya kita hidup berlandaskan agama. Buatlah apa yang disuruh dan tegah apa yang di larang, insya-Allah selamat didunia dan akhirat

Monday 8 April 2013

Mega Topup Giveaway

 
 
 
!Assalamualaikum!
Bismillahirahmanirahim..pada hari ini .blog Nabila Biela dan Aisyah Humaira' merasmikan Mega Topup Giveaway. Nama pun topup giveaway, konfemlah hadiah pun semuanya topup. Sebanyak 70 hadiah topup yang bernilai RM5 keatas yang menanti anda! Sebelum tu jom tengok syarat-syarat segmen kali ni:

SYARAT-SYARAT

1) Follow dan like FB pages para sponsor
2) COPY PASTE ENTRY NI dan backlink kan banner di atas ke blog Nabila Biela atau Aisyah Humaira'*salah satu sahaja* #PASTIKAN LINK SEMUA HIDUP
3) Letak link entry tersebut di komen entry Aisyah Humaira' SAHAJA
4) Tamat pada 13/4/3013*seminggu sahaja*

FOLLOW SPONSOR dan FOLLOW G+

Nabila Biela 1 Aisyah Humaira' 1 Aku Penghibur 1 Fieyna Girang 1 Natrah Adnan 1 Tauke Mykedai 1 Sharia Nadirah 1 Fizz Graphic 1 syazlina saad

FOLLOW G+


LIKE FB SPONSOR


SENARAI HADIAH

10 ORANG TOP REFFRAL
RM30 X 1
RM10 X 9
60 ORANG RANDOM
RM10 X 8
RM5 X 52
SEMUA SEKALI RM460 UNTUK 70 ORANG PEMENANG!!

SEGMEN INI DITAJA OLEH:

Mega topup giveaway ini dianjurkan oleh Nabila Biela dan Aisyah Humaira' dan disponsor oleh  Aisyah Humaira', Hafizzy AzizFuh dot My, Pingje dot org, Aku Penghibur, Cikgu Hailmi, Fieyna Girang, Natrah Adnan, Tauke Mykedai , Sharia Nadirah, Nur Alja, Cik Yaya, Mohd Nasir, Ibnuismail Ismail, Arol Mubin, Aien Hermionie, Sare Says dan Nurul Firzanah, nabilah ahmad, shazlina saad, sheila eiman, cik hawa, shaila, Cik amabee, dhia akma, shakirah rosli, heirizaliana yana, cik honney , asma' sah, aliya, dan dysha sahhir.

p/s: Entry ni wajib di copy paste oleh para peserta dan para sponsor boleh join sekali=)

-------------------------------------------------------------------------------

 

Sunday 7 April 2013

KEJAM ! Bayi Baru Lahir Dibuang , Dipukul Hingga Mati Di Tepi Jejambat

 
PETALING JAYA – Menyayat hati apabila mayat bayi perempuan baru dilahirkan berbungkus dengan kain selendang ditemui di tepi jejambat menuju ke Damansara Damai di Lebuhraya Sungai Buloh–Kepong, semalam.
Mayat bayi perempuan cukup sifat itu ditemui oleh seorang pejalan kaki kira-kira jam 7 pagi.
Difahamkan lelaki itu curiga selepas terlihat bungkusan kain tiba-tiba berada di tepi jejambat. Dia membuka bungkusan itu dan menemui mayat bayi yang lengkap berpakaian serta memakai lampin pakai buang.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya percaya mayat bayi itu ditinggalkan di situ beberapa jam sebelum ditemui.
Menurutnya, kesan kecederaan didapati di mata kiri. Tali pusatnya telah dipotong dan disapu ubat luka.
“Bayi itu mungkin dipukul atau dihempas, berdasarkan kecederaan mata atau ditekup sehingga tidak dapat bernafas berdasarkan buih yang keluar dari hidung.
“Kita masih menyiasat kes ini dan menunggu laporan bedah siasat,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Mayat itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat. Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi balai polis terdekat.
 
p/s apelah nak jadi .. binatang lagi pandai jaga anak dia :"(
 
 

Saturday 6 April 2013

Titik Merah Ini Tanda Mengandungi Gelatin Babi!!

 
 
Perhatikan titik Merah di dalam simbol merah persegi yang ditunjukkan di atas bar coklat seperti: Bounty bar Chocolate / Marikh / sneaker ... ia ditunjukkan secara khusus di belakang sebelah nombor berat. Cap Ini bermakna bahawa produk-produk ini mengandungi gelatin yang berasal dari daging babi!!

Mereka meletakkan bahawa tanda untuk memberi amaran kepada orang-orang vegetarian bahawa coklat mempunyai kandungan bukan vegetarian / bahan-bahan terlarang.

 TOLONG berkongsi info ini dengan semua rakan anda dan ingat bahawa "Siapa memberi Peringatan yang BAIK Kepada yang lain AKAN Mendapat kebaikan yang sama dengan yang MEREKA yang Melakukan KEBAIKAN itu dari ALLAH S.W.T
 

Friday 5 April 2013

Bacakan Yasin Buat Ustazah Di Tepi Jalan

 
 

Pelajar Bacakan Yasin Buat Ustazah Di Tepi Jalan - Kuala Terengganu: Seorang ustazah Sekolah Agama Ribath Sheikh Abdul Malik, Kampung Banggol Chempedak, di sini, yang maut dalam kemalangan jalan raya dihadiahkan bacaan Yasin oleh pelajarnya di tepi jalan berhampiran lokasi kejadian, semalam.

Pengiktirafan terakhir itu dibuat pelajar terbabit selepas menyedari ustazah berusia 45 tahun dari Kampung Kuala Bekah, di sini, maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya berhampiran sekolah berkenaan pada kira-kira jam 3 petang.

Lebih memilukan apabila mayat ustazah terbabit yang berada lebih satu jam di tempat kejadian terpaksa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, menggunakan kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux selepas gagal menggunakan kenderaan polis atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Kejadian berlaku ketika mangsa, Normah Ahmad yang berkhidmat selama empat tahun di sekolah itu dalam perjalanan dari rumah ke sekolah itu untuk menjemput anak lelakinya Mohd Shukri Rosdi, 17, yang turut belajar di sekolah sama.

Sumber berkata, turut berada dalam kereta berkenaan ketika kejadian dua anak perempuan mangsa, Fatimah Damia, 4, dan Elma Sufiah, 8, yang dilaporkan kritikal dan dirawat di Unit Kecemasan HSNZ. – Metro


 

Thursday 4 April 2013

1st Giveaway By Emas Putih

 
 
 
 
As-Salam
Hari ni uzu nak lancar 1st Giveaway kat blog uzu. Dijemput join dan support Giveaway uzu ye.
Mana tau rezeki korang kan. Mudah-IIan :)
1st Giveaway akan berlangsung pada 04 April - 17 April 2013/11:59pm

SYARAT-SYARAT
1. Buat entry yang bertajuk 1st Giveaway By Emas Putih
2. Follow sponser, Like fanpage, Klik iklan, Klik G+ dibawah (wajib akan diperiksa)
3. PALING WAJIB Copy coding entry kat bawah dan Paste ke Html post

Coding Entry


[1. klik pada Html 2. paste coding entry 3. tekan compose . 4 klik publish]
copy coding entry ini di credit kan ke Mia Liana

Follow blog Sponser
Banyak sangat nak follow? Anggap je korang sedang berblogwalking and sambil menang hadiah.
Tak rugi ape pun kan . Dont worry diorang akan follow korang balik.
Like Fanpage Sponser


Klik Iklan Sponser
(Tunggu sampai habis loading) <-- data-blogger-escaped-data-blogger-escaped-jujur="" data-blogger-escaped-data-blogger-escaped-nbsp="">

Follow G+ Sponser



HADIAH-HADIAH

Top Referral
1st Cash RM 30
2nd Topup RM10

Hadiah Random
Domain (com/net/my) x 3
Banner 300x90/sebulan berharga RM100 di Ping.jer x 1
Bisness Card x 1
Bedak Arab x 2
T-Shirt Terengganu x 2
Beg x 2
Shawl x 3
Tudung Bawal x 3
Maskara Fiber berharga RM45 x 1
1x BB Cream Skin79 5g x 1
Necklace Vintage x 3
10 broochs x 2
Topup RM5 x 15
Topup 3 x 1
Buku "Aku Terima Nikahnya" x 1
Buku Diary of a Wimpy Kid : The Third Wheel by Jeff Kinney berharga RM48.50 x 1
Buku Ilmiah x 1
Bookmarks Eksekutif x 5
Frame x 1

Klik untuk melihat -->GAMBARAN HADIAH

Terima kasih kepada sponser-sponser yang sudi menaja 1st Giveaway by Emas Putih ini.

Giveaway Canon Camera By Miraa Hussin ♥

 
 
 
 
 
hai anis join . korang nak join click banner k :)
 
haa sebab anis nak join yee, anis teringin jugak nak ada kamera canon ni kan.. tengok orang macam best ><
and boleh plessing dengan 'camera' ni ..ecehh . and anis jugak boleh ade semangat untuk menabung untuk beli canon yang original ! yayy seronok sangat kalau dapat tabung ni ! InsyaAllah kalau ade rezeki :)

Wednesday 3 April 2013

Aaron Aziz Disahkan Hidap Penyakit Kronik

 
Aaron Aziz Disahkan Hidap Pneumonia! Kata beliau : “Selepas menjalani pemeriksaan kesihatan, doktor menahan saya di wad kerana keadaan ketika itu sangat teruk dan tidak berdaya.
“Saya sempat tidur semalaman di wad, namun tidak selesa dengan keadaan wad yang dipenuhi warga emas, saya minta keluar dari hospital,” kata Aaron sambil ketawa.
Selepas keluar dari wad, Aaron mengambil keputusan berehat di hotel dan diberikan cuti selama seminggu.
“Lima hari tidak dibenarkan bekerja dan saya kembali mengacara semula dalam episod keempat.
“Inilah kali pertama saya diserang penyakit pneumonia, sebelum ini tidak pernah menghidap apa-apa penyakit kronik,” tutur Aaron.
Gara-gara tidak mendapat rehat yang secukupnya selepas penggambaran filem arahan Ahmad Idham, dan terpaksa memakai pakaian basah seharian selepas memandu kereta terjun ke dalam kolam.
Tambahan pula cuaca di Cape Town mengalami perubahan setiap masa menyebabkan keadaan Aaron bertambah teruk.
Aaron mengalami masalah kesihatan ketika menjejakkan kaki di bumi Cape Town, Africa di awal penggambaran tahun lalu.
Credit to Sinar Harian
 
 

Gambar Lahad Datu Pengganas Amal Ilmu Hitam, Mayat Cepat Reput

 
 
 

Gambar Lahad Datu Pengganas Amal Ilmu Hitam, Mayat Cepat Reput | Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, tetapi berdasarkan tanda-tanda yang ditemui pada mayat pengganas itu, mereka menggunakan ilmu kebatinan yang berunsur syirik.
Antara benda-benda berunsur syirik yang ditemui pada mayat pengganas ialah tangkal yang mereka percayai boleh menjadikan anggota militan kebal dan takwim bagi meramal hari yang sesuai untuk menyerang pasukan keselamatan.
Menurut sumber pasukan keselamatan, terdapat pengganas yang mati ditembak memakai tangkal dan mempunyai tatu ayat al-Quran di badan.
"Mereka mungkin kebal dengan peluru tetapi tidak setiap masa. Malah jika kulit mereka tidak lut namun letupan mortar mampu membunuh mereka," katanya.
Beliau berkata, ada satu mayat pengganas yang mempunyai kesan hitam dipercayai kesan peluru namun kemungkinan kematian pengganas itu disebabkan luka dalaman akibat bunyi dan letupan mortar.
"Peliknya pengamal ilmu batin ini, mayat pengganas cepat busuk dan dihurungi ulat dalam tempoh sejam. Jika manusia biasa ulat akan hurungi mayat itu jika dibiarkan lebih dari dua atau tiga hari," katanya.
Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) Sabah, Mejar Anuar Mat Zin berkata, Islam melarang menggunakan ilmu kebatinan yang boleh menyekutukan Allah dalam menegakkan sesuatu perjuangan kerana ia lari daripada landasan agama.
Beliau berkata, perbuatan itu boleh merosakkan akidah sekaligus menjadikan perjuangan mereka adalah perbuatan sia-sia.
"Perbuatan memuja sesuatu ilmu seperti untuk kebal adalah salah di sisi Islam, Islam tidak menerima perjuangan seperti itu biar apapun niat dan matlamatnya," katanya yang turut terlibat dalam Operasi Daulat dalam membanteras kumpulan pengganas itu.
Beliau berkata, soal ajal dan maut adalah di tangan Allah dan tiada siapa atau kuasa yang dapat mengubahnya.
Pengganas yang didakwa menggunakan ilmu batin untuk kebal turut memakai tangkal dan kad meramal hari, iaitu ilmu Kutika yang dipelajari daripada buku Tajul Muluk dan perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Itu mungkin kepercayaan mereka," katanya selepas ditemui pemberita di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini semalam.

Anggota Parlimen Silam Salleh Kalbi pula menyifatkan amalan kebatinan pengganas tidak melambangkan mereka seorang pejuang jihad seperti yang cuba digembar-gemburkan pihak tertentu di negara ini.
"Menurut Islam adalah haram bagi mana-mana pihak yang ingin mengganggu-gugat negara yang berdaulat, iaitu pemimpinnya dipilih oleh rakyat dengan kerelaan hati mereka.
"Tetapi ia dibenarkan jika kedaulatan negara terancam seperti Palestin kerana ia demi mempertahankan kedaulatan negara itu yang telah dirampas," katanya yang menyifatkan pengorbanan pasukan keselamatan adalah satu jihad kerana mempertahankan negara berdaulat.

Tuesday 2 April 2013

Hati-hati ! Taktik Baru Penjenayah ! Gadis Kena Rogol Selepas Dilanggar

 
 
Gambarhiasan
TELUK INTAN -2 April 2013. Bukan sahaja patah tangan kiri akibat terjatuh selepas bergesel dengan sebuah kereta tetapi seorang gadis yang menunggang motosikal seorang diri di sini turut dirogol oleh pemandu kereta yang melanggarnya.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, gadis berusia 22 tahun itu bekerja di salah sebuah kilang di Kampung Ayer Itam dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Chui Chak, Langkap kira-kira 7.30 malam, Sabtu lalu.
Menurutnya, setiba di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa bergesel dengan sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipandu seorang lelaki berusia 31 tahun.
Menurutnya, pergeselan itu mengakibatkan mangsa terjatuh ke dalam semak dan mengalami patah tangan kiri serta jari kanan.
“Lelaki itu berpura-pura mahu menolong mangsa selepas terjatuh dan mengangkat mangsa masuk ke bahagian belakang kereta sebelum merogol gadis berkenaan.
“Mangsa dalam keadaan separuh sedar dan dalam kesakitan, tidak mampu untuk melawan suspek daripada melakukan perbuatannya itu,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak (IPD) Hilir Perak, di sini, semalam.
Kok Liang berkata, selepas melakukan perbuatan jijik terhadap gadis itu, suspek memberitahu nama dan nombor telefon sebenarnya kepada mangsa sebelum gadis itu minta lelaki tersebut menghantarnya pulang ke rumah.
Jelasnya, suspek bersetuju untuk menghantar mangsa pulang dengan syarat tidak memberitahu perbuatan jijik yang dilakukan itu kepada keluarga gadis berkenaan sebaliknya memberitahu suspek hanya bantu mangsa daripada jatuh motosikal.
"Suspek menghantar mangsa pulang ke rumah dan berjumpa dengan bapa mangsa ketika membawa pulang gadis itu.
"Selepas suspek pulang, mangsa memberitahu kepada ibunya mengatakan dia menjadi mangsa rogol dan satu laporan polis dibuat di Balai Polis Langkap pada hari yang sama," katanya.
Kata beliau, gadis itu juga dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk menjalani pemeriksaan dan mendapati ada kesan koyakkan baru pada kemaluannya.
Tambahnya, dengan nombor telefon yang diberikan suspek kepada mangsa membantu pihak polis mendapatkan maklumat penting bagi menjalankan siasatan.
“Berdasarkan nombor telefon itu, membawa kepada penemuan tempat tinggal lelaki berkenaan di Sungai Manik sebelum satu pasukan ke rumah suspek, kelmarin.
“Ketika polis ke rumah suspek, lelaki tersebut tiada di rumah namun, kami meminta kepada bapa lelaki itu untuk datang ke balai polis bagi membantu siasatan,” katanya.
Kok Liang berkata, pada hari yang sama, suspek datang ke Balai Polis Langkap dan kini lelaki itu ditahan reman bagi membantu siasatan.
Katanya, hasil siasatan mendapati suspek juga cuba merogol seorang wanita berusia 38 tahun di jalan Sungai Tungku menggunakan cara sama pada Sabtu lalu, kira-kira jam 6.20 petang.
"Suspek menggunakan modus operandi yang sama dengan cuba melanggar motosikal yang ditunggang mangsa yang juga seorang kerani sehingga jatuh.
"Wanita berusia 38 tahun itu berhenti tepi jalan sebelum suspek turut turun dari kereta lalu membuka bonet," katanya.
Melihat tindakan suspek mencurigakan wanita itu cuba melarikan diri tetapi ditahan lelaki berkenaan sebelum mangsa terjatuh dalam semak.
Beliau menambah, suspek cuba merogol mangsa tetapi menghentikan perbuatannya apabila sebuah kereta jenis Kancil berhenti berhampirannya sebelum lelaki itu melarikan diri.
“Wanita itu membuat laporan polis berkenaan kejadian tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
“Hasil daripada ujian air kencing suspek negatif tetapi, lelaki itu mengaku ada menghidu gam sebelum kejadian,” katanya.
SUMBER: SINAR HARIAN
credit [ emas putih ]
 

Monday 1 April 2013

Dua Doodle Yang Anis Buat :)

 
hai semua selamat malam :) anis nak share lagi dua doodle yang anis berjaya buat !
tapi tetap belum okey lagi sebab tangan anis keras lah nak meng-colour colour ni ! haha kesian betul !
 
jom tengok dua doodle tu
 
 photo gaun_zps99d33d3c.png
oh yeayy gaun ! nampak colour tak betul lagi ! tangan keras !

 photo rambutkuning_zpsa484dc80.png 
ni pulak pakai t shirt dengan skirt sambil pegang belon !
belon tu macam tutt -..-
 
haha okey tu je ! korang kalau ade software paint tool sai yang full bagitau k ><
tapi bukan 4shared 2shared tu semua ! selain daripada dua makhluk tersebut tau !
okey bye . night

Yayy Doodle Pertama Anis !

 
 
hai korang semua ! cuaca hujan yang boleh dikira lebat ni memang best kalau tido !
tapi anis taknak tido sebab anis tengah try buat doodle ! weee nak tengok tak ?
hihihi tapi tak lawa macam korang buat laa ... hihi..
 photo firstdoodle_zpsf12cd9ef.png 
 
haha kelakar kan ?? alaa budak baru :p
 
hihi saje je tunjuk doodle buruk ni ..
okey bye nak lukis lagi