Sunday 31 March 2013

Kebaikan Menyimpan Janggut [ bagi lelaki ]

Adakah kita di antara lelaki yang ada menyimpan janggut? Jika ya, itu satu perkara yang baik sekali kerana Rasulullah SAW pun turut menyimpan janggut. Jom kita semak dibawah apakah kelebihan menyimpan janggut.
Jika wanita mementingkan kecantikan dan keserian wajah, lelaki juga tidak terlepas daripada memikirkan perihal yang sama. Cuma menjadi perbezaan antara “kecantikan” wanita dan lelaki adalah janggut.
Janggut merupakan aset yang mampu menjadikan seorang lelaki itu kelihatan lebih “tulen”. Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya seorang lelaki itu memiliki dan memelihara janggutnya. Antara kelebihan berjanggut adalah :
• Menampakkan kelelakian
• Kelihatan lebih ‘macho’
• Lebih hensem dan berkarisma
• Nampak soleh
• Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
• Lebih diminati wanita
• Mempunyai manfaat kesihatan
• Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu
Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting dan perlu di ambil berat malahan seorang lelaki yang berjanggut itu tetap lebih baik kelihatan daripada lelaki yang tidak berjanggut. Utamakan niat anda untuk berjanggut semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang ditinggalkan oelh Baginda Rasulullah SAW dan bukannya berjanggut kerana mengikut fesyen terkini atau sebagainya.
Antara kata-kata ataupun hadith Baginda Rasulullah SAW yang berkaitan janggut adalah seperti :
“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)
“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)
Hadith di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja Baginda Rasulullah SAW menyuruh kita agar berjanggut, tetapi melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka. Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullh SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut.

Hukum Memelihara Janggut

Berjanggut dan berjambang amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh para sahabat, para tabiin dan Salaf as-Soleh. Tidak sepatutnya individu yang mengaku dirinya beriman kepada Nabi Muhammad saw mengabaikan suruhan baginda yang diulang berkali-kali. Ingatlah, menentang suatu kewajiban yang ditetapkan oleh syara’ seperti memelihara janggut adalah suatu bentuk perbuatan yang membawa kepada fasiq.

Sikap tidak memperdulikan larangan Allah swt adalah perbuatan keji. Dianggap keji kerana meremehkan hukum-ahkam syara’. Perbuatan seperti ini adalah berdosa dan fasiq. Inilah hakikat yang berlaku kepada orang-orang Islam masa kini apabila diajukan persoalan hukum berjanggut.

Seseorang itu tidak dianggap beriman sebelum mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih dari mencintai dirinya sendiri dan ia sewajarnya komited dalam hal ini. Persoalannya, di manakah tanda pembuktian cinta seseorang jika tidak mentaati dan tidak merealisasikan seruan kekasihnya. Tidak benar pengakuan seseorang yang mengaku mencintai Allah dan Rasul-Nya jika hanya mementingkan hawa nafsunya tanpa membuktikannya dengan ketaatan walaupun ketaatan tersebut disangka perkara kecil.

Rasulullah saw telah menegah para sahabatnya daripada mencukur janggut dengan beberapa alasan.
Baginda telah mengisyaratkan setiap lelaki beriman supaya memelihara janggut atau jambang mereka.

credit [ Cik Yaya ]

Renungan : Misteri Wajah Jenazah Bertukar Hitam

Berkhidmat dalam bidang menguruskan jenazah merupakan satu amalan yang mulia. Biarpun pekerjaan seperti ini, seperti satu yang menakutkan, ia merupakan satu tanggungjawab muslim kepada muslim yang lain. Seorang yang ditugaskan mengurus jenazah menceritakan detik pengalaman berhadapan dengan situasi terlihat wajah jenazah yang bertukar hitam. Ini bukan kisah seram untuk menakut-nakutkan kita, akan tetapi sebagai satu renungan buat kita semua.
Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an.
Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.
Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya. Apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.
Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.
Ustaz,” kata wanita itu. “Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut.
Jadi saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut. Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.
“Betulkah ini mayat anak mak cik?”tanya saya. “Mak cik rasa betul… tapi kulitnya putih.” “Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.
Tiba di luar saya bertanya kepadanya. “Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu. “Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. ” kata saya untuk menggertaknya.
Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, “Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik.
Tapi…” tambah wanita itu lagi “apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut.
Jawapannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.
Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya. Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, “Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”
Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, “Orang tua mana pula?” katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya, tuturannya serta pakaiannya. “Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!”
Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi ‘apakah’ yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.
credit [emas putih

Terkini Lahad Datu : Pengganas Sulu Mengamuk Musnahkan Harta Benda Penduduk

credit emas putih

Segmen: 300 bloggers

hai anis join . meh join jugak .
click banner

Etika Menolak Salam

sumber dari facebook

Saturday 30 March 2013

Tanda Tanda Hidup Tak Diberkati

gambar kredit kepada ILUVISLAM.COM

• 1. DUIT BANYAK TAPI CEPAT HABIS
Tak tau duit pergi ke mana... Pendapatan bertambah tapi asyik tak cukup je... Duit banyak dihabiskan kepada benda yang sia-sia... Patutnya bila duit banyak sedekah pun kenalah bertambah... Tapi tak jadi makin kedekut.... Sedekah tak bertambah tapi duit habis entah ke mana....

• 2. BUAT KERJA TAK SIAP
Projek ada macam-macam idea, tapi satu pun tak berjaya... Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba lakukan, tapi semuanya tergantung... Semua nya tergendala, satu pun tidak berjaya... Kalau ada yang menjadi tapi tidak seperti yang dirancangkan...

• 3. BUAT SESUATU TAK DAPAT MANFAAT
Baca buku banyak tapi satu pun tak lekat.... Nasihat orang pandai, tapi diri tunggang langgang...

• 4. MASA HABIS DENGAN SIA-SIA
Konon nya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia... Leka main FB tanpa tujuan yang berfaedah... leka tengok TV... leka main kucing.... leka berborak dengan kawan, leka main game.... leka melepak dengan kawan-kawan.... Tapi nak luang masa 5 minit baca Quran pun tak boleh... Solat pun akhir waktu.... Solat tak sampai 5 minit.... Zikir tak buat.... Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas..... DUIT ADA, TAPI MASIH BELUM TUNAIKAN FARDHU HAJI......

Kisah Mualaf Bernama Balqis

Biar saya cerita. Semasa solat asar di surau 1Borneo tadi, tiba-tiba seorang perempuan masuk dengan pakaian begitu seksi. Skirt paras paha, menampakan warna kaki yg putih gebu dan baju lengan pendek. Semua orang dalam surau terperanjat melihat kehadirannya lebih-lebih lagi wanita yang bertudung lebar. Ada yang geleng-geleng kepala dan berbisik-bisik. Wanita tadi tidak hiraukan apa yang berlaku, dia terus berwuduk dan memakai telekung lalu solat.

Saya duduk dibelakangnya, demi Allah saya betul-betul kagum dengan wanita itu. Walaupun dia seksi tetapi dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai muslim.

Gambar diatas kalau anda semua boleh perasan, cara duduk tahiyat akhir wanita ini adalah silap. Kakinya diletakkan di sebelah kiri walha sepatutnya kanan. Dalam hati saya terdetik, mungkin wanita ini baru hijrah atau menggenal sembahyang. Tapi dia berusaha. Saya kagum !
Selesai dia solat, saya beranikan diri menegur dia. Mula-mula puji kulit dia yang putih gebu, tanya bangsanya, asal di mana dan semualah.. selepas itu saya meneka-neka adakah dia saudara baru (masuk islam). Tekaan saya betul.
Wanita ini berketurunan cina, nama islamnya adalah Balqis. Dia baru belajar solat dan dia tidak tahu cara duduk tahiyat itu silap kerana tidak pernah ditegur sesiapa. Demi Allah, saya kagum dengan mua'laf itu. Dia belajar solat dan jika begitu imannya, saya tidak hairan jika suatu masa dia berjilbab. Semoga dia istiqomah. Amin
Di antara wahyu Allah kepada nabi Dauud 'alaihis salaam:
"Tiada seorang hamba yang taat kepada-Ku melainkan Aku memberinya sebelum dia minta, dan mengabulkan permohonannya sebelum dia berdoa, dan mengampuni dosanya sebelum dia mohon pengampunan (istighfar)." (HR. Ad-Dailami)
Iblis berkata kepada Robbnya, "Dengan keagungan dan kebesaranMu, aku tidak akan berhenti menyesatkan bani Adam selama mereka masih bernyawa." Lalu Allah berfirman: "Dengan keagungan dan kebesaranKu, Aku tidak akan berhenti mengampuni mereka selama mereka beristighfar". (HR. Ahmad)

Tutorial: Letak Menu Tab Di Header

hai korang ! anis nak ajar korang cara nak letak menu tab korang yang comel comel tu kat header !
macam anis punya tu ! ni haa

yang dikotakkan tu ! tapi korang kene ikut tutorial INI dulu sebab korang kene add gadget atas header dulu :) okey lets start

1. dashboard->layout->add gadget (atas header ye)->html/javascript
2. copy code ni and paste kat situ

•     warna oren ubah dengan link pages korang.
•     warna kuning link menu tab korang yang comel comel tu . boleh upload di Photobucket
•     warna merah ubah kedudukan menu tab tu mengikut kesesuaian

Tutorial: Add Gadget Di Atas Header

hai semua ! anis nak ajar korang cara nak add gadget atas header ...
macam ni :

haa yg tu lah :) korang boleh letak macam macam lah kat situ !
okey lets start !

1.dashboard->edit html->tck expand widget template
2. cari code ni :

b:section class='header' id='header' maxwidgets='1' showaddelement='no'

3.kalau dah jumpa, replace code tu dengan code ni :

b:section class='header' id='header' maxwidgets='3' showaddelement='yes'

perbezaanya warna merah tu ^^ okey tu je ! gudluck :)

Balasan Lambat Lambatkan Solat

Kisah ular hitam menunggu mayat. (Kisah Benar)

Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah.. Kisah Benar…, kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukan yang datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.

Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia.

Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur.

Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati seekor ular yang berwarna hitam sebesar paha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut).

Subhanallah … keadaan ular tersebut amat mengerunkan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) .

Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya ular hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ.

Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya ular hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).

Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan msk meluru ke dlm kubur wanita itu.

MasyaAllah (seperti menjunam ke dalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur).

Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana ular hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu …

Subhanallah.. Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan solatnya.

Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah.

Thursday 28 March 2013

Hebatnya Sultan Brunei Darussalam

Seperti yang sudah kita sedia maklum, Sultan Brunei merupakan antara Sultan yang terkaya di dunia. Disebalik kehebatan itu, tahu ataupu tidak Baginda bukan sahaja memiliki harta yang sangat banyak malah Baginda bijak menguruskan harta serta sangat dikasihi rakyat jelata. Mungkin sesetengah daripada kita menterjemahkan Baginda sebagai seorang yang suka bermewah, tetapi Baginda juga bijak melaburkan harta-harta Baginda untuk kesenangan rakyatnya didunia serta kesenangan Baginda diakhirat.
Kami mendapat laporan dari sekepil gambar yang semakin hari semakin tersebar didunia maya amnya dan di dunia media sosial secara khususnya bahawa kekayaan dan kemakmuran Negara Brunei datangnya daripada sumber minyak anugerah daripada Allah sejak dari dulu lagi kepada Negara Brunei.

Menariknya tahukah anda, Kerajaan Brunei menanggung kos elektrik Masjid Nabawi di Madinah setiap bulan pada kos RM2 Juta. Difahamkan lagi pada bulan puasa pula mungkin sebagai tanda penghargaan kepada pihak Kerajaan Brunei, Kerajaan Arab telah menghantar satu kapal terbang kurma ke Brunei. Sungguh bijak golongan hartawan mengumpul saham untuk akhirat, kan?
Sungguh luar biasa! Pada bulan Ramadhan pula, diberitahu bahawa Sultan Brunei akan membuka pintu istananya untuk rakyat jelata berbuka puasa di istananya. Subhanallah. Segala info ini anda boleh lihat pada gambar yang disediakan dibawah. Sumber superfantasia.my.

credit : emas putih

Seram! Apabila Uri Bayi Jadi Tumpuan Makhluk Halus

Seram! Apabila Uri Bayi Jadi Tumpuan Makhluk Halus | Apabila kita menyebut tentang uri, KisahBest.My ingin berkongsi tentang satu kisah seram di mana sebuah keluarga yang membawa balik uri bayi untuk ditanam di rumah, menjadi tumpuan makhluk halus. Salah seorang daripada ahli keluarga tersebut tersedar dan cuba melawan makhluk halus tersebut. Persoalannya, apakah yang terjadi kepada uri tersebut? Ikuti kisah di bawah ini.
Sekadar gambar hiasan
Kami sekeluarga tinggal di kawasan timur singapura. Ketika berlaku kajadian yang ingin aku ceritakan ini, kakak iparku baru sahaja bersalin dua hari yang lepas. Walaupun dia masih lagi ditahan di hospital, uri bayinya telah dibawa pulang dahulu untuk ditanam. Malangnya uri itu tidak dapat ditanam pada hari ia dibawa balik dari hospital kerana hari sudah senja. Uri itu kami letakkan dalam botol di atas meja dapur. Lampu dapur pula dinyalakan kerana menurut orang tua-tua, uri bayi yang baru hendaklah diletakkan dekat cahaya supaya tidak diganggu hantu dan syaitan.
Jam di dinding berdenting menandakan 12.45 tengah malam. Penghuni-penghuni lain di rumah sudah nyenyak dibuai mimpi. Aku pula, entahlah. Perasaanku berlainan malam itu. Selalunya tidak begitu. Mata ini belum lagi terasa mengantuk, sebaliknya perut pulak terasa lapar. Aku terus melangkah menuju ke dapur untuk mencari makanan. Apabila kaki ku baru selangkah menjejak ruang lantai dapur, tiba-tiba aku terlihat lembaga putih di tingkap dapur berjalan di udara. Mimpikah aku? Tak kan ada orang berjalan atas angin, jawab hatiku sendiri. Lagi pun, rumah kami di tingkat lima.
Aku terus beristighfar. Lembaga itu melintas lagi di tingkap dapur. Tiba-tiba ia berhenti, lalu memandang ke arahku dan menunjuk ke arah botol yang terletak di atas meja. Matanya merah, bagaikan bebola api. Lendir di celah-celah mulutnya yang keluar sangat menjijikan. Barulah aku sedar yang lembaga itu adalah pontianak. Dengan kuasa Allah, mulutku mula membaca ayat Al Quran.
Pontianak itu tiba-tiba berlalu, menghilangkan diri. aku kira semuanya sudah selesai, tapi aku tersalah duga. Sejurus kemudian, aku terlihat lembaga itu di tingkap ruangan tamu pula. Ia cuba mencakar-cakar dinding ruangan tamu. Aku hairan kenapa ibu ayah tidak sedikitpun mendengar kejadian ini. Mingkin ini suatu ujian untukku. Alhamdulilah, surah yassin telah diletakkan di setiap penjuru dan tingkap di rumahku.
Oleh sebab itulah pontianak itu tidak boleh masuk. Aku ke dapur lalu mengambil segelas air lalu ku bacakan ayat Qursi. Sesudah itu, aku renjiskan ke seluruh penjuru rumah dan disemua tingkap.
Akhirnya pontianak itu pergi jua dengan hilaian yang sangat menggerunkan. Esok pagi-pagi lagi aku mengajak abangku pergi menanam uri anaknya. Waktu melawat kakak iparku di hospital kemudian, dikatakan bahawa anaknya semalaman menangis tak henti-henti. Mujur ayahku telah membekalkan surah-surah untuk menjadi pendinding. Aku hanya terdiam di situ mendengar cerita mereka. Kejadian malam itu tidak kuberitahu sesiapapun.

credit : emas putih

Awas!! Buku Panduan Solat Mirip Islam oleh Kristian Ortodok Syria

Perhatian kepada semua umat Islam..baru-baru ini sebilangan pihak Kristian Ortodok Syria telah menerbitkan sebuah buku panduan solat yang bertajuk "Shalat Rabbaniyah" yang ditulis oleh Ignatius Bambang Soetawan.
Buku ini menerangkan tentang solat dan ayat yang dibaca pun hampir dengan ayat Al-Quran! Cara diorang solat dan pakaian dalam solat pun mirip orang Islam seperti berjilbab, bejubah dan berkopiah. Perkara ini amat dirisaukan oleh umat Islam sejagat.
p/s MasyaAllah macam macam sekarang ni diorang nak rosakkan akidah umat islam :( hati hati dalam membeli buku buku ni, baca dulu sinopsis kat belakang buku tu

Header untuk Blog Miss Fifi

hai semua ! miss fifi mintak anis buatkan header ...
and ni lah headernya..so simple >< hihi...nak yee miss fifi take your header !
do comment yaa :D

photo headerfifi_zps7daab13f.png

hehe ni je yang anis mampu !
doodle miss fifi yang bagi so anis just editkan je :)

Freebies: Header Part 1

hai semua ! anis bermurah hati nak bagi korang freebies header ni !
simple dan ada 4 warna :D yayy . dah ditransparentkan tau :D
ohh ya header ni 900x450 .

photo coklat_zps5718687c.png
http://i1339.photobucket.com/albums/o708/AnisLvince/coklat_zps5718687c.png

photo turqoise_zps1855420b.png
http://i1339.photobucket.com/albums/o708/AnisLvince/turqoise_zps1855420b.png

photo pink_zps2cb79dad.png
http://i1339.photobucket.com/albums/o708/AnisLvince/pink_zps2cb79dad.png

photo hijau_zpsaba35cc4.png
http://i1339.photobucket.com/albums/o708/AnisLvince/hijau_zpsaba35cc4.png

haa tu jeww :p haha kalau amek jemput komen ye .
jangan rembat terus blah gitu je :P
haha bye .

Yayy header baru !

hai semua ! header changed ! anis memang suka main tukar tukar header ni xD
hehe comel kan ? wkwkwk perasan sudaaa !
doodle comel tu akak pearl punya !
hihi anis bosan lah ! ade tak orang yg nak anis buatkan header? tapi header simple je lah !
belum pro sangat ! :P hehe sape nak ? ce komen ? XD
and anis nak belajar buat doodle pulak ! nak usya usya tutorial semua ni ^^

okey nanti nak bagi freebies header kat korang !!
yayy tata

#2 Topup GA by NAJAH

anis join .

Celcom user :D