Seperti yang sudah kita sedia maklum, Sultan Brunei merupakan antara
Sultan yang terkaya di dunia. Disebalik kehebatan itu, tahu ataupu tidak
Baginda bukan sahaja memiliki harta yang sangat banyak malah Baginda
bijak menguruskan harta serta sangat dikasihi rakyat jelata. Mungkin
sesetengah daripada kita menterjemahkan Baginda sebagai seorang yang
suka bermewah, tetapi Baginda juga bijak melaburkan harta-harta Baginda
untuk kesenangan rakyatnya didunia serta kesenangan Baginda diakhirat.
Kami mendapat laporan dari sekepil gambar yang semakin hari semakin
tersebar didunia maya amnya dan di dunia media sosial secara khususnya
bahawa kekayaan dan kemakmuran Negara Brunei datangnya daripada sumber
minyak anugerah daripada Allah sejak dari dulu lagi kepada Negara
Brunei.
Menariknya tahukah anda, Kerajaan Brunei menanggung kos elektrik Masjid
Nabawi di Madinah setiap bulan pada kos RM2 Juta. Difahamkan lagi pada
bulan puasa pula mungkin sebagai tanda penghargaan kepada pihak Kerajaan
Brunei, Kerajaan Arab telah menghantar satu kapal terbang kurma ke
Brunei. Sungguh bijak golongan hartawan mengumpul saham untuk akhirat,
kan?
Sungguh luar biasa! Pada bulan Ramadhan pula, diberitahu bahawa Sultan
Brunei akan membuka pintu istananya untuk rakyat jelata berbuka puasa di
istananya. Subhanallah. Segala info ini anda boleh lihat pada gambar
yang disediakan dibawah. Sumber superfantasia.my.
credit : emas putih
1 comment:
dan, Sultan Brunei juga menegakkan hukum Allah SWT.. bagi baginda, siapalah diri kita untuk menidakkan apa yang termaktub dalam al-Quran sendiri.. tidak seperti sesetengah pemimpin.. kita boleh lihat sendiri di negara kita.. bukan nak mengaibkan, tapi kita boleh ambil pengajaran daripada baginda Sultan Brunei :)