Setiap manusia yang hidup pasti akan merasai mati. Itu adalah janji
Allah SWT kepada hambaNya. Namun bagaimana cara kita mati, tempat kita
mati, keadaan kita mati hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Kita
sebagai hamba Allah hanya perlu sentiasa berdoa agar mati dalam khusnul
khatimah.
Di bawah ini terdapat satu kisah yang mana diceritakan kisah seorang
wanita yang gemar mengumpat, akhirnya sukar untuk dikafankan.
Sebagai bilal pengurusan jenazah, banyak pengalaman yang telah saya
tempuhi. Ada di antaranya yang cukup menyedihkan. Tidak kurang juga yang
benar-benar memberi keinsafan. Salah satu daripada pengalaman-pengalam
an itu membabitkan masalah kain kapan tidak muat pada hal mayat yang
hendak di kapankan bersaiz kecil. Ini bertentangan dengan satu lagi
mayat yang saya uruskan, di mana kain kapannya mencukupi walapun
orangnya berbadan tinggi dan gemuk.
Sepanjang pengelaman saya dalam pengurusan jenazah sejak lebih 30 tahun
lalu, saya mengunakan kain kapan sebanyak 24 ela untuk mengapankan
mayat. Jumlah itu selalunya mencukupi tidak kira sama ada mayat bersaiz
besar atau kecil, gemuk atau kurus.
Tetapi sewaktu menguruskan satu jenazah di negeri Selangor beberapa
tahun lalu, kain kapan sebanyak 24 ela yang saya sediakan itu tidak
mencukupi pada hal mayatnya kecil sahaja. Mayat itu berkeadaan biasa,
berbadan kurus dengan ketinggian lebih kurang lima kaki. Saya diberitahu
arwah meninggal dunia kerana sakit jantung. Orangnya sudah tua, umurnya
sekitar 60-an.
Seperti biasa sebelum memandikan mayat, saya memotong dahulu kain
kapannya sebanyak tiga keping. Panjangnya mengikut ketinggian arwah
kemudian di tambah satu hasta di hujung kepala Dan satu hasta di hujung
kaki. Selepas semuanya siap disusun, saya mula memandikan arwah dengan
bantuan adik saya, Rafeah. Tiada keanehan ketara berlaku semasa arwah di
mandikan, cuma mukanya agak kuning Dan najisnya, Maha Suci Allah amat
banyak. Makin dikorek makin banyak yang keluar.
“Eee, Ada lagi najis”, kata adik saya Rafeah kehairanan. Selalunya tidak
sampai setengah jam, najis sudah habis keluar tetapi yang ini, lebih 45
minit baru habis. Setelah lebih dua jam berlalu, baru selesai tugas
kami memandikan mayat itu. Selalunya satu setengah jam sudah
mencukupi.Bila semuanya sudah bersih, arwah dipindahkan untuk dikapan.
Sebaik sahaja arwah diletakkan ke atas kain kapan, saya terperanjat
besar bila mendapati kain putih yang saya sediakan tadi tidak muat.
Entah macam mana kain kapan di hujung kepala Dan di hujung kakinya cuma
tinggal satu jari sahaja.
“Eee, kenapa tak cukup. Takkan salah potong”, saya berkata pada adik
saya. Wajahnya turut berkerut kehairanan bila mendapati kain kapan yang
kami sediakan itu tidak muat. Kami berdua sama-sama bingung Dan
bertanya-tanya di mana silapnya.
Nak katakan saya tersalah ukur semasa memotong tadi, mustahil. Rafeah
sendiri menyaksikan Dan membantu saya memotong kain itu. Sudah
bertahun-tahun kami berdua melakukan perkerjaan ini, tidak mungkin kami
tersalah potong. Nak katakan pembekal kain bersalah ukur, juga tidak
mungkin. Sebelum memotong, kami mengukur terlebih dahulu kain kapan itu
dan mendapatinya cukup 24 ela.
Setiap kali berlaku kematian, orang yang sama itulah yang membekalkan
kain kapan kepada saya. Tidak mungkin dia tersalah ukur. Saya mula
berkecimpung dalam pengurusan jenazah sejak berusia 17 tahun lagi..
Waktu itu saya mengikut nenek saya menguruskan jenazah di kawasan Klang
sebelum di lantik sebagai bilal pengurusan jenazah wanita oleh Jabatan
Agama Islam Selangor pada tahun 1973.
Sepanjang tempoh pembabitan saya dalam bidang itu, inilah kali pertama
saya berdepan dengan masalah kain kapan tidak muat. Mungkin inilah yang
dikatakan habuan Dan bahagian masing-masing. Entah apa amalan arwah
semasa hayatnya hanya Tuhan sahaja yang mengetahui. Semoga Tuhan
mengampunkan segala dosanya Dan mencucuri rahmat di atas rohnya.
Untuk menambah kain putih yang lain, dah tak Ada . Kain yang saya bawa
itu semuanya sudah di pakai, tiada lagi saki-bakinya. Mahu tak mahu
mayat arwah dikapankan juga menggunakan apa yang Ada . Maha Suci Allah,
saya sekali lagi teperanjat besar bila mendapati kain kapan itu tidak
mencukupi untuk membungkus mayat arwah. Bahagian tengahnya ternganga
seperti membungkus nasi lemak. Selalunya kain kapan yang saya sediakan
boleh menutup hingga ke bahagian tepi. Puas saya tarik untuk Cuba
menutup bahagian yang ternganga tetapi gagal. Untuk mengatasi masalah
itu, saya terpaksa menggunakan kapas untuk menutup bahagian yang
ternganga sebelum mengikatnya kemas-kemas.
Sebaik sahaja selesai kerja-kerja mengapan, arwah disembahyangkan
kemudian dibawa ke tanah perkuburan. Dan dengan itu selesailah kewajiban
saya. Namun cerita-cerita daripada salah seorang yang membantu
kerja-kerja pengebumian jenazah membuatkan diri saya menjadi bertambah
bingung.
Menurutnya, semasa jenazah hendak dikebumikan, satu keanehan berlaku
yang benar-benar memberi keinsafan kepada sesiapa sahaja yang
hadir.Ketika jenazah diturunkan, liang lahad yang disediakan didapati
tidak cukup panjang hingga menyebabkan bahagian kaki jenazah membengkok.
Akibatnya, jenazah terpaksa ditarik naik Dan liang lahad digali semula.
Bila kubur siap di gali, jenazah diturunkan untuk kali kedua. Allah
Maha Besar, liang lahad masih sempit walaupun telah digali melebihi enam
kaki. Setiap yang hadir bertambah hairan. Apakah amalannya hingga
diseksa begitu rupa?
Jenazah dinaikkan semula Dan liang lahad ditebuk lagi untuk kali ketiga.
Bila selesai kerja-kerja menggali, jenazah diturunkan. Alhamdulillah,
cubaan kali ketiga berjaya Dan jenazah akhirnya selamat dikebumikan.
Masing-masing menghembus nafas lega. Apa yang berlaku pada jenazah itu
memanglah menyedihkan. Saya sendiri tertanya-tanya bagaimana kain kapan
yang saya bawa itu tidak muat dengannya. Untuk memastikan kedudukan
sebenarnya, saya pergi ke kedai yang membekalkan kain kapan kepada saya
untuk bertanya berapa banyak kain putih yang dibekalkan kepada saya.
Jika betul 24 ela,kenapa kain itu tidak cukup sedangkan mayat yang
dikapankan bersaiz kecil.
Jawapan yang diberikan oleh pekedai itu menyedarkan saya tentang
kebesaran Allah. Menurutnya, kain putih yang dibekalkan kepada saya sama
seperti kebiasaannya, ia itu 24 ela. Jika kain itu tidak mencukupi itu
bukanlah salah sesiapa sebaliknya merupakan ketentuan Allah. Maha Suci
Allah Allah, memang benar apa yang dinyatakan oleh pekedai itu. Apa yang
berlaku ke atas jenazah itu merupakan balasan daripada Allah. Mungkin
ada di antara amalan-amalannya yang bertentangan dengan ajaran Tuhan.
Entah apa yang dilakukan oleh allahyarham semasa hayatnya, wallahualam,
hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinnya.
Tetapi daripada cerita-cerita yang saya dengar, arwah dikatakan
menpunyai tabiat buruk – suka mengumpat dan mengatakan orang. Tidak
cukup dengan itu, arwah juga dikatakan suka mengambil tahu urusan orang
serta gemar membawa mulut dari rumah ke rumah. Bukanlah niat saya untuk
membongkarkan keburukan arwah tetapi sekadar memberi nasihat. Semoga apa
yang berlaku menjadi pengajaran dan memberi pedoman dan iktibar mereka
yang masih hidup. Hindarkan perkara-perkara keji demi kesejahteraan kita
sendiri. Pengalaman yang cukup menginsafkan itu jauh berbeza dengan apa
yang saya lalui semasa menguruskan satu lagi jenazah kira-kira sebulan
kemudian.
Orangnya saya kenal, berbadan gemuk dan berusia sekitar 50-an.. Punca
kematiannya ialah darah tinggi. Sewaktu menatap jenazahnya untuk kali
petama, saya mendapati mukanya tenang dan jernih. Walaupun bertubuh
besar, tetapi Maha Suci Allah, badannya lembut dan ringan. Saya dan adik
saya Rafeah tidak mengalami sebarang masalah untuk mengalih-alihkan
badannya. Najisnya tak ada langsung. Puas kami menekan dan mengorek,
tetapi tiada sebarang kesan najis.
“Bersih betul mayat ini”, saya berbisik kepada Rafeah. Tiada langsung
kesan kotoran pada tubuhnya, seolah-olah dirinya telah dibersihkan
sebelum menghembus nafas terakhir. Seronok betul kami menguruskannya.
Mayat itu selesai dimandikan dalam tempoh tidak sampai sejam. Sewaktu
hendak mengapan jenazah, kami berdua pada mulanya di selubungi
kebimbangan takut-takut peristiwa kain kapan tidak muat berulang lagi.
Maklumlah, sedangkan jenazah kecil pun tak muat inikan pula jenezah yang
besar. Tetapi syukur alhamdulillah, kain kapan yang kami bawa sebanyak
24 ela itu cukup untuk menutupi seluruh bahagian. Selesai kerja-kerja
mengapan jenazah disembayangkan.
Kerana terlalu ramai yang hadir, jenazah disembahyangkan dua kali. Kali
pertama di rumah dan kali kedua di masjid. Jenazah akhirnya dibawa
ketanah perkuburan dan selamat dikebumikan. Perjalanan lancar tanpa
sebarang halangan. Saya sendiri berasa seronok menguruskannya.
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.
No comments: