Wednesday 3 April 2013

Aaron Aziz Disahkan Hidap Penyakit Kronik

 
Aaron Aziz Disahkan Hidap Pneumonia! Kata beliau : “Selepas menjalani pemeriksaan kesihatan, doktor menahan saya di wad kerana keadaan ketika itu sangat teruk dan tidak berdaya.
“Saya sempat tidur semalaman di wad, namun tidak selesa dengan keadaan wad yang dipenuhi warga emas, saya minta keluar dari hospital,” kata Aaron sambil ketawa.
Selepas keluar dari wad, Aaron mengambil keputusan berehat di hotel dan diberikan cuti selama seminggu.
“Lima hari tidak dibenarkan bekerja dan saya kembali mengacara semula dalam episod keempat.
“Inilah kali pertama saya diserang penyakit pneumonia, sebelum ini tidak pernah menghidap apa-apa penyakit kronik,” tutur Aaron.
Gara-gara tidak mendapat rehat yang secukupnya selepas penggambaran filem arahan Ahmad Idham, dan terpaksa memakai pakaian basah seharian selepas memandu kereta terjun ke dalam kolam.
Tambahan pula cuaca di Cape Town mengalami perubahan setiap masa menyebabkan keadaan Aaron bertambah teruk.
Aaron mengalami masalah kesihatan ketika menjejakkan kaki di bumi Cape Town, Africa di awal penggambaran tahun lalu.
Credit to Sinar Harian
 
 

No comments: