Friday 5 April 2013

Bacakan Yasin Buat Ustazah Di Tepi Jalan

 
 

Pelajar Bacakan Yasin Buat Ustazah Di Tepi Jalan - Kuala Terengganu: Seorang ustazah Sekolah Agama Ribath Sheikh Abdul Malik, Kampung Banggol Chempedak, di sini, yang maut dalam kemalangan jalan raya dihadiahkan bacaan Yasin oleh pelajarnya di tepi jalan berhampiran lokasi kejadian, semalam.

Pengiktirafan terakhir itu dibuat pelajar terbabit selepas menyedari ustazah berusia 45 tahun dari Kampung Kuala Bekah, di sini, maut selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya berhampiran sekolah berkenaan pada kira-kira jam 3 petang.

Lebih memilukan apabila mayat ustazah terbabit yang berada lebih satu jam di tempat kejadian terpaksa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, menggunakan kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux selepas gagal menggunakan kenderaan polis atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Kejadian berlaku ketika mangsa, Normah Ahmad yang berkhidmat selama empat tahun di sekolah itu dalam perjalanan dari rumah ke sekolah itu untuk menjemput anak lelakinya Mohd Shukri Rosdi, 17, yang turut belajar di sekolah sama.

Sumber berkata, turut berada dalam kereta berkenaan ketika kejadian dua anak perempuan mangsa, Fatimah Damia, 4, dan Elma Sufiah, 8, yang dilaporkan kritikal dan dirawat di Unit Kecemasan HSNZ. – Metro


 

No comments: