PETALING JAYA – Menyayat hati apabila mayat bayi perempuan baru
dilahirkan berbungkus dengan kain selendang ditemui di tepi jejambat
menuju ke Damansara Damai di Lebuhraya Sungai Buloh–Kepong, semalam.
Mayat bayi perempuan cukup sifat itu ditemui oleh seorang pejalan kaki kira-kira jam 7 pagi.
Difahamkan lelaki itu curiga selepas terlihat bungkusan kain tiba-tiba
berada di tepi jejambat. Dia membuka bungkusan itu dan menemui mayat
bayi yang lengkap berpakaian serta memakai lampin pakai buang.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed
berkata, pihaknya percaya mayat bayi itu ditinggalkan di situ beberapa
jam sebelum ditemui.
Menurutnya, kesan kecederaan didapati di mata kiri. Tali pusatnya telah dipotong dan disapu ubat luka.
“Bayi itu mungkin dipukul atau dihempas, berdasarkan kecederaan mata
atau ditekup sehingga tidak dapat bernafas berdasarkan buih yang keluar
dari hidung.
“Kita masih menyiasat kes ini dan menunggu laporan bedah siasat,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Mayat
itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat. Mereka yang
mempunyai maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi balai polis
terdekat.
p/s apelah nak jadi .. binatang lagi pandai jaga anak dia :"(
No comments: