
Monday, 29 April 2013
Friday, 26 April 2013
Segmen Makan Donut
Wednesday, 24 April 2013
demam gwiyomi -.-

byee homeworking time
Sunday, 21 April 2013
Friday, 19 April 2013
25 Sikap yang Perlu Dihindari Pelajar

- 1. Mempunyai sifat “malas” yang menjadi musuh utama kejayaan.
- 2. Tidak bermotivasi.
- 3. Mempunyai tanggapan bahawa pelajaran belum tentu memberi jaminan masa depan.
- 4. Menjadikan seseorang yang telah gagal sebagai idola atau model.
- 5. Tidak bersedia menghadapi pembelajaran dalam bilik darjah.
- 6. Tiada perancangan untuk belajar dengan berkesan.
- 7. Terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya yang menjurus ke arah perkara-perjara yang tidak baik.
- 8. Sentiasa menangguhkan masa untuk belajar hingga ke saat-saat akhir peperiksaan.
- 9. Datang lewat ke sekolah dan selalu ponteng sekolah.
- 10. Gagal menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru.
- 11. Berangan-angan dan sering bermain-main dalam bilik darjah.
- 12. Tidak mempunyai kelengkapan persekolahan yang lengkap untuk proses pembelajaran.
- 13. Sentiasa bermasalah, suka mencari masalah dan mendatangkan masalah di sekolah dan luar sekolah.
- 14. Melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak dengan rakan-rakan di bandar-bandar, terlibat dengan kegiatan tidak bermoral
- 15. Menjadikan kemiskinan penghalang kepada usaha untuk berjaya dalam pendidikan.
- 16. Terlalu berserah pada nasib dan tidak mahu lagi berusaha untuk mengubah dirinya.
- 17. Lebih banyak bergantung kepada ibu, bapa, guru dan rakan-rakan untuk belajar. Tidak boleh berdikari.
- 18. Tidak ada perancangan masa untuk belajar seperti mengadakan jadual waktu.
- 19. Sentiasa beranggapan bahawa peperiksaan dalam kelas adalah tidak penting.
- 20. Tidak menggunakan sepenuhnya perpustakaan sebagai gedung untuk mencari dan menambahkan ilmu.
- 21. Tidak sanggup mengorbankan masa, tenaga, fikiran dan wang ringgit demi untuk pelajaran. Pelajar seperti ini lebih sanggup menghabiskan wang mereka untuk membeli majalah-majalah hiburan atau komik kegemaran mereka.
- 22. Tidak menghormati ibu, bapa, guru, orang tua dan rakan-rakan sekelas.
- 23. Mementingkan diri sendiri dalam apa sahaja yang dilakukan termasuklah pembelajaran.
- 24. Gagal menunaikan tanggungjawab kepada Allah.
- 25. Menyalahkan nasib dan takdir jika berlaku sebarang masalah. Namun tidak pernah mahu menyalahkan diri sendiri.
ini tips yang anis copy dari sorang blogger ni :) harap berguna untuk semua pelajar.
Thursday, 18 April 2013
Monday, 15 April 2013
Subhanallah!! Hutan Ditemui Dibawah Padang Pasir

Thursday, 11 April 2013
Ape Dah Jadi ni ??

saya benci edit html sekarang -.-
Kisah Teladan Wanita Mengumpat Yang Sukar DiKafankan

Setiap manusia yang hidup pasti akan merasai mati. Itu adalah janji
Allah SWT kepada hambaNya. Namun bagaimana cara kita mati, tempat kita
mati, keadaan kita mati hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Kita
sebagai hamba Allah hanya perlu sentiasa berdoa agar mati dalam khusnul
khatimah.
Di bawah ini terdapat satu kisah yang mana diceritakan kisah seorang
wanita yang gemar mengumpat, akhirnya sukar untuk dikafankan.
Sebagai bilal pengurusan jenazah, banyak pengalaman yang telah saya
tempuhi. Ada di antaranya yang cukup menyedihkan. Tidak kurang juga yang
benar-benar memberi keinsafan. Salah satu daripada pengalaman-pengalam
an itu membabitkan masalah kain kapan tidak muat pada hal mayat yang
hendak di kapankan bersaiz kecil. Ini bertentangan dengan satu lagi
mayat yang saya uruskan, di mana kain kapannya mencukupi walapun
orangnya berbadan tinggi dan gemuk.
Sepanjang pengelaman saya dalam pengurusan jenazah sejak lebih 30 tahun
lalu, saya mengunakan kain kapan sebanyak 24 ela untuk mengapankan
mayat. Jumlah itu selalunya mencukupi tidak kira sama ada mayat bersaiz
besar atau kecil, gemuk atau kurus.
Tetapi sewaktu menguruskan satu jenazah di negeri Selangor beberapa
tahun lalu, kain kapan sebanyak 24 ela yang saya sediakan itu tidak
mencukupi pada hal mayatnya kecil sahaja. Mayat itu berkeadaan biasa,
berbadan kurus dengan ketinggian lebih kurang lima kaki. Saya diberitahu
arwah meninggal dunia kerana sakit jantung. Orangnya sudah tua, umurnya
sekitar 60-an.
Seperti biasa sebelum memandikan mayat, saya memotong dahulu kain
kapannya sebanyak tiga keping. Panjangnya mengikut ketinggian arwah
kemudian di tambah satu hasta di hujung kepala Dan satu hasta di hujung
kaki. Selepas semuanya siap disusun, saya mula memandikan arwah dengan
bantuan adik saya, Rafeah. Tiada keanehan ketara berlaku semasa arwah di
mandikan, cuma mukanya agak kuning Dan najisnya, Maha Suci Allah amat
banyak. Makin dikorek makin banyak yang keluar.
“Eee, Ada lagi najis”, kata adik saya Rafeah kehairanan. Selalunya tidak
sampai setengah jam, najis sudah habis keluar tetapi yang ini, lebih 45
minit baru habis. Setelah lebih dua jam berlalu, baru selesai tugas
kami memandikan mayat itu. Selalunya satu setengah jam sudah
mencukupi.Bila semuanya sudah bersih, arwah dipindahkan untuk dikapan.
Sebaik sahaja arwah diletakkan ke atas kain kapan, saya terperanjat
besar bila mendapati kain putih yang saya sediakan tadi tidak muat.
Entah macam mana kain kapan di hujung kepala Dan di hujung kakinya cuma
tinggal satu jari sahaja.
“Eee, kenapa tak cukup. Takkan salah potong”, saya berkata pada adik
saya. Wajahnya turut berkerut kehairanan bila mendapati kain kapan yang
kami sediakan itu tidak muat. Kami berdua sama-sama bingung Dan
bertanya-tanya di mana silapnya.
Nak katakan saya tersalah ukur semasa memotong tadi, mustahil. Rafeah
sendiri menyaksikan Dan membantu saya memotong kain itu. Sudah
bertahun-tahun kami berdua melakukan perkerjaan ini, tidak mungkin kami
tersalah potong. Nak katakan pembekal kain bersalah ukur, juga tidak
mungkin. Sebelum memotong, kami mengukur terlebih dahulu kain kapan itu
dan mendapatinya cukup 24 ela.
Setiap kali berlaku kematian, orang yang sama itulah yang membekalkan
kain kapan kepada saya. Tidak mungkin dia tersalah ukur. Saya mula
berkecimpung dalam pengurusan jenazah sejak berusia 17 tahun lagi..
Waktu itu saya mengikut nenek saya menguruskan jenazah di kawasan Klang
sebelum di lantik sebagai bilal pengurusan jenazah wanita oleh Jabatan
Agama Islam Selangor pada tahun 1973.
Sepanjang tempoh pembabitan saya dalam bidang itu, inilah kali pertama
saya berdepan dengan masalah kain kapan tidak muat. Mungkin inilah yang
dikatakan habuan Dan bahagian masing-masing. Entah apa amalan arwah
semasa hayatnya hanya Tuhan sahaja yang mengetahui. Semoga Tuhan
mengampunkan segala dosanya Dan mencucuri rahmat di atas rohnya.
Untuk menambah kain putih yang lain, dah tak Ada . Kain yang saya bawa
itu semuanya sudah di pakai, tiada lagi saki-bakinya. Mahu tak mahu
mayat arwah dikapankan juga menggunakan apa yang Ada . Maha Suci Allah,
saya sekali lagi teperanjat besar bila mendapati kain kapan itu tidak
mencukupi untuk membungkus mayat arwah. Bahagian tengahnya ternganga
seperti membungkus nasi lemak. Selalunya kain kapan yang saya sediakan
boleh menutup hingga ke bahagian tepi. Puas saya tarik untuk Cuba
menutup bahagian yang ternganga tetapi gagal. Untuk mengatasi masalah
itu, saya terpaksa menggunakan kapas untuk menutup bahagian yang
ternganga sebelum mengikatnya kemas-kemas.
Sebaik sahaja selesai kerja-kerja mengapan, arwah disembahyangkan
kemudian dibawa ke tanah perkuburan. Dan dengan itu selesailah kewajiban
saya. Namun cerita-cerita daripada salah seorang yang membantu
kerja-kerja pengebumian jenazah membuatkan diri saya menjadi bertambah
bingung.
Menurutnya, semasa jenazah hendak dikebumikan, satu keanehan berlaku
yang benar-benar memberi keinsafan kepada sesiapa sahaja yang
hadir.Ketika jenazah diturunkan, liang lahad yang disediakan didapati
tidak cukup panjang hingga menyebabkan bahagian kaki jenazah membengkok.
Akibatnya, jenazah terpaksa ditarik naik Dan liang lahad digali semula.
Bila kubur siap di gali, jenazah diturunkan untuk kali kedua. Allah
Maha Besar, liang lahad masih sempit walaupun telah digali melebihi enam
kaki. Setiap yang hadir bertambah hairan. Apakah amalannya hingga
diseksa begitu rupa?
Jenazah dinaikkan semula Dan liang lahad ditebuk lagi untuk kali ketiga.
Bila selesai kerja-kerja menggali, jenazah diturunkan. Alhamdulillah,
cubaan kali ketiga berjaya Dan jenazah akhirnya selamat dikebumikan.
Masing-masing menghembus nafas lega. Apa yang berlaku pada jenazah itu
memanglah menyedihkan. Saya sendiri tertanya-tanya bagaimana kain kapan
yang saya bawa itu tidak muat dengannya. Untuk memastikan kedudukan
sebenarnya, saya pergi ke kedai yang membekalkan kain kapan kepada saya
untuk bertanya berapa banyak kain putih yang dibekalkan kepada saya.
Jika betul 24 ela,kenapa kain itu tidak cukup sedangkan mayat yang
dikapankan bersaiz kecil.
Jawapan yang diberikan oleh pekedai itu menyedarkan saya tentang
kebesaran Allah. Menurutnya, kain putih yang dibekalkan kepada saya sama
seperti kebiasaannya, ia itu 24 ela. Jika kain itu tidak mencukupi itu
bukanlah salah sesiapa sebaliknya merupakan ketentuan Allah. Maha Suci
Allah Allah, memang benar apa yang dinyatakan oleh pekedai itu. Apa yang
berlaku ke atas jenazah itu merupakan balasan daripada Allah. Mungkin
ada di antara amalan-amalannya yang bertentangan dengan ajaran Tuhan.
Entah apa yang dilakukan oleh allahyarham semasa hayatnya, wallahualam,
hanya Tuhan sahaja yang mengetahuinnya.
Tetapi daripada cerita-cerita yang saya dengar, arwah dikatakan
menpunyai tabiat buruk – suka mengumpat dan mengatakan orang. Tidak
cukup dengan itu, arwah juga dikatakan suka mengambil tahu urusan orang
serta gemar membawa mulut dari rumah ke rumah. Bukanlah niat saya untuk
membongkarkan keburukan arwah tetapi sekadar memberi nasihat. Semoga apa
yang berlaku menjadi pengajaran dan memberi pedoman dan iktibar mereka
yang masih hidup. Hindarkan perkara-perkara keji demi kesejahteraan kita
sendiri. Pengalaman yang cukup menginsafkan itu jauh berbeza dengan apa
yang saya lalui semasa menguruskan satu lagi jenazah kira-kira sebulan
kemudian.
Orangnya saya kenal, berbadan gemuk dan berusia sekitar 50-an.. Punca
kematiannya ialah darah tinggi. Sewaktu menatap jenazahnya untuk kali
petama, saya mendapati mukanya tenang dan jernih. Walaupun bertubuh
besar, tetapi Maha Suci Allah, badannya lembut dan ringan. Saya dan adik
saya Rafeah tidak mengalami sebarang masalah untuk mengalih-alihkan
badannya. Najisnya tak ada langsung. Puas kami menekan dan mengorek,
tetapi tiada sebarang kesan najis.
“Bersih betul mayat ini”, saya berbisik kepada Rafeah. Tiada langsung
kesan kotoran pada tubuhnya, seolah-olah dirinya telah dibersihkan
sebelum menghembus nafas terakhir. Seronok betul kami menguruskannya.
Mayat itu selesai dimandikan dalam tempoh tidak sampai sejam. Sewaktu
hendak mengapan jenazah, kami berdua pada mulanya di selubungi
kebimbangan takut-takut peristiwa kain kapan tidak muat berulang lagi.
Maklumlah, sedangkan jenazah kecil pun tak muat inikan pula jenezah yang
besar. Tetapi syukur alhamdulillah, kain kapan yang kami bawa sebanyak
24 ela itu cukup untuk menutupi seluruh bahagian. Selesai kerja-kerja
mengapan jenazah disembayangkan.
Kerana terlalu ramai yang hadir, jenazah disembahyangkan dua kali. Kali
pertama di rumah dan kali kedua di masjid. Jenazah akhirnya dibawa
ketanah perkuburan dan selamat dikebumikan. Perjalanan lancar tanpa
sebarang halangan. Saya sendiri berasa seronok menguruskannya.
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui.
Monday, 8 April 2013
Mega Topup Giveaway

Sunday, 7 April 2013
KEJAM ! Bayi Baru Lahir Dibuang , Dipukul Hingga Mati Di Tepi Jejambat

PETALING JAYA – Menyayat hati apabila mayat bayi perempuan baru
dilahirkan berbungkus dengan kain selendang ditemui di tepi jejambat
menuju ke Damansara Damai di Lebuhraya Sungai Buloh–Kepong, semalam.
Mayat bayi perempuan cukup sifat itu ditemui oleh seorang pejalan kaki kira-kira jam 7 pagi.
Difahamkan lelaki itu curiga selepas terlihat bungkusan kain tiba-tiba
berada di tepi jejambat. Dia membuka bungkusan itu dan menemui mayat
bayi yang lengkap berpakaian serta memakai lampin pakai buang.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed
berkata, pihaknya percaya mayat bayi itu ditinggalkan di situ beberapa
jam sebelum ditemui.
Menurutnya, kesan kecederaan didapati di mata kiri. Tali pusatnya telah dipotong dan disapu ubat luka.
“Bayi itu mungkin dipukul atau dihempas, berdasarkan kecederaan mata
atau ditekup sehingga tidak dapat bernafas berdasarkan buih yang keluar
dari hidung.
“Kita masih menyiasat kes ini dan menunggu laporan bedah siasat,” katanya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.Mayat
itu dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat. Mereka yang
mempunyai maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi balai polis
terdekat.
p/s apelah nak jadi .. binatang lagi pandai jaga anak dia :"(
Saturday, 6 April 2013
Titik Merah Ini Tanda Mengandungi Gelatin Babi!!

Perhatikan titik Merah di dalam simbol merah persegi yang
ditunjukkan di atas bar coklat seperti: Bounty bar Chocolate / Marikh /
sneaker ... ia ditunjukkan secara khusus di belakang sebelah nombor
berat. Cap Ini bermakna bahawa produk-produk ini mengandungi gelatin yang berasal dari daging babi!!
Mereka meletakkan bahawa tanda untuk memberi amaran kepada orang-orang vegetarian bahawa coklat mempunyai kandungan bukan vegetarian / bahan-bahan terlarang.
TOLONG berkongsi info ini dengan semua rakan anda dan ingat bahawa "Siapa memberi Peringatan yang BAIK Kepada yang lain AKAN Mendapat kebaikan yang sama dengan yang MEREKA yang Melakukan KEBAIKAN itu dari ALLAH S.W.T
Mereka meletakkan bahawa tanda untuk memberi amaran kepada orang-orang vegetarian bahawa coklat mempunyai kandungan bukan vegetarian / bahan-bahan terlarang.
TOLONG berkongsi info ini dengan semua rakan anda dan ingat bahawa "Siapa memberi Peringatan yang BAIK Kepada yang lain AKAN Mendapat kebaikan yang sama dengan yang MEREKA yang Melakukan KEBAIKAN itu dari ALLAH S.W.T
Friday, 5 April 2013
Bacakan Yasin Buat Ustazah Di Tepi Jalan

Pelajar Bacakan Yasin Buat Ustazah Di Tepi Jalan - Kuala
Terengganu: Seorang ustazah Sekolah Agama Ribath Sheikh Abdul Malik,
Kampung Banggol Chempedak, di sini, yang maut dalam kemalangan jalan
raya dihadiahkan bacaan Yasin oleh pelajarnya di tepi jalan berhampiran
lokasi kejadian, semalam.
Pengiktirafan
terakhir itu dibuat pelajar terbabit selepas menyedari ustazah berusia
45 tahun dari Kampung Kuala Bekah, di sini, maut selepas terbabit dalam
kemalangan jalan raya berhampiran sekolah berkenaan pada kira-kira jam 3
petang.
Lebih
memilukan apabila mayat ustazah terbabit yang berada lebih satu jam di
tempat kejadian terpaksa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur
Zahirah (HSNZ), di sini, menggunakan kenderaan pacuan empat roda Toyota
Hilux selepas gagal menggunakan kenderaan polis atas sebab yang tidak
dapat dielakkan.
Kejadian
berlaku ketika mangsa, Normah Ahmad yang berkhidmat selama empat tahun
di sekolah itu dalam perjalanan dari rumah ke sekolah itu untuk
menjemput anak lelakinya Mohd Shukri Rosdi, 17, yang turut belajar di
sekolah sama.
Sumber
berkata, turut berada dalam kereta berkenaan ketika kejadian dua anak
perempuan mangsa, Fatimah Damia, 4, dan Elma Sufiah, 8, yang dilaporkan
kritikal dan dirawat di Unit Kecemasan HSNZ. – Metro
Thursday, 4 April 2013
1st Giveaway By Emas Putih

As-Salam
Mana tau rezeki korang kan. Mudah-IIan :)
1st Giveaway akan berlangsung pada 04 April - 17 April 2013/11:59pm
1st Giveaway akan berlangsung pada 04 April - 17 April 2013/11:59pm
SYARAT-SYARAT
1. Buat entry yang bertajuk 1st Giveaway By Emas Putih
2. Follow sponser, Like fanpage, Klik iklan, Klik G+ dibawah (wajib akan diperiksa)
3. PALING WAJIB Copy coding entry kat bawah dan Paste ke Html post
Coding Entry
[1. klik pada Html 2. paste coding entry 3. tekan compose . 4 klik publish]
1. Buat entry yang bertajuk 1st Giveaway By Emas Putih
2. Follow sponser, Like fanpage, Klik iklan, Klik G+ dibawah (wajib akan diperiksa)
3. PALING WAJIB Copy coding entry kat bawah dan Paste ke Html post
Coding Entry
[1. klik pada Html 2. paste coding entry 3. tekan compose . 4 klik publish]
copy coding entry ini di credit kan ke Mia Liana
Follow blog Sponser
Banyak sangat nak follow? Anggap je korang sedang berblogwalking and sambil menang hadiah.
Tak rugi ape pun kan . Dont worry diorang akan follow korang balik.
Like Fanpage Sponser
Klik Iklan Sponser
(Tunggu sampai habis loading) <-- data-blogger-escaped-data-blogger-escaped-jujur="" data-blogger-escaped-data-blogger-escaped-nbsp="">
Follow G+ Sponser
HADIAH-HADIAH
Top Referral
1st Cash RM 30
2nd Topup RM10
Hadiah Random
Domain (com/net/my) x 3
Banner 300x90/sebulan berharga RM100 di Ping.jer x 1
Bisness Card x 1
Bedak Arab x 2
T-Shirt Terengganu x 2
Beg x 2
Shawl x 3
Tudung Bawal x 3
Maskara Fiber berharga RM45 x 1
1x BB Cream Skin79 5g x 1
Necklace Vintage x 3
10 broochs x 2
Topup RM5 x 15
Topup 3 x 1
Buku "Aku Terima Nikahnya" x 1
Buku Diary of a Wimpy Kid : The Third Wheel by Jeff Kinney berharga RM48.50 x 1
Buku Ilmiah x 1
Bookmarks Eksekutif x 5
1st Giveaway ini dilancarkan oleh Emas Putih dan di sponser oleh Emas Putih, Cik Lyeen, Fatin Diana, Amirul Aslam, Joel Leslie, Syukri Tahir, Amirol Ahmad, Aliya Tralala's, Fuh Dot My, Shida Radzuan , Sha Dira, Munirah, Aimi Muslihah, Lyeen SI Pipi Merah, Syiela Semekarartie, Dedeq De Wishes, Dhia Akma, Miszz Nadea, Intan Terpilih, Maszull Mohd, Innanie Ariffin, JR Evolusi , Erny Nur Aiman, Sufiana Ramli, Syakirah Roslie, Suzyanna Yap, Asiah Aisa, Yeputtan Najihah, CikAkma, Afiqah Alias, Hafizzy Aziz dan مرليان مايامين .
Terima kasih kepada sponser-sponser yang sudi menaja 1st Giveaway by Emas Putih ini.
Giveaway Canon Camera By Miraa Hussin ♥


Wednesday, 3 April 2013
Aaron Aziz Disahkan Hidap Penyakit Kronik

Aaron Aziz Disahkan Hidap Pneumonia! Kata beliau : “Selepas menjalani
pemeriksaan kesihatan, doktor menahan saya di wad kerana keadaan ketika
itu sangat teruk dan tidak berdaya.
“Saya sempat tidur semalaman di wad, namun tidak selesa dengan keadaan
wad yang dipenuhi warga emas, saya minta keluar dari hospital,” kata
Aaron sambil ketawa.
Selepas keluar dari wad, Aaron mengambil keputusan berehat di hotel dan diberikan cuti selama seminggu.
“Lima hari tidak dibenarkan bekerja dan saya kembali mengacara semula dalam episod keempat.
“Inilah kali pertama saya diserang penyakit pneumonia, sebelum ini tidak pernah menghidap apa-apa penyakit kronik,” tutur Aaron.
Gara-gara tidak mendapat rehat yang secukupnya selepas penggambaran
filem arahan Ahmad Idham, dan terpaksa memakai pakaian basah seharian
selepas memandu kereta terjun ke dalam kolam.
Tambahan pula cuaca di Cape Town mengalami perubahan setiap masa menyebabkan keadaan Aaron bertambah teruk.
Aaron mengalami masalah kesihatan ketika menjejakkan kaki di bumi Cape Town, Africa di awal penggambaran tahun lalu.
Credit to Sinar Harian
Gambar Lahad Datu Pengganas Amal Ilmu Hitam, Mayat Cepat Reput

Gambar Lahad Datu Pengganas Amal Ilmu Hitam, Mayat Cepat Reput |
Kumpulan militan dari selatan Filipina yang menceroboh persisir pantai
Lahad Datu mendakwa mereka adalah pejuang Islam, tetapi berdasarkan
tanda-tanda yang ditemui pada mayat pengganas itu, mereka menggunakan
ilmu kebatinan yang berunsur syirik.
Antara benda-benda berunsur syirik yang ditemui pada mayat pengganas
ialah tangkal yang mereka percayai boleh menjadikan anggota militan
kebal dan takwim bagi meramal hari yang sesuai untuk menyerang pasukan
keselamatan.
Menurut sumber pasukan keselamatan, terdapat pengganas yang mati
ditembak memakai tangkal dan mempunyai tatu ayat al-Quran di badan.
"Mereka mungkin kebal dengan peluru tetapi tidak setiap masa. Malah jika
kulit mereka tidak lut namun letupan mortar mampu membunuh mereka,"
katanya.
Beliau berkata, ada satu mayat pengganas yang mempunyai kesan hitam
dipercayai kesan peluru namun kemungkinan kematian pengganas itu
disebabkan luka dalaman akibat bunyi dan letupan mortar.
"Peliknya pengamal ilmu batin ini, mayat pengganas cepat busuk dan
dihurungi ulat dalam tempoh sejam. Jika manusia biasa ulat akan hurungi
mayat itu jika dibiarkan lebih dari dua atau tiga hari," katanya.
Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera (Kagat) Sabah, Mejar Anuar Mat Zin
berkata, Islam melarang menggunakan ilmu kebatinan yang boleh
menyekutukan Allah dalam menegakkan sesuatu perjuangan kerana ia lari
daripada landasan agama.
Beliau berkata, perbuatan itu boleh merosakkan akidah sekaligus menjadikan perjuangan mereka adalah perbuatan sia-sia.
"Perbuatan memuja sesuatu ilmu seperti untuk kebal adalah salah di sisi
Islam, Islam tidak menerima perjuangan seperti itu biar apapun niat dan
matlamatnya," katanya yang turut terlibat dalam Operasi Daulat dalam
membanteras kumpulan pengganas itu.
Beliau berkata, soal ajal dan maut adalah di tangan Allah dan tiada siapa atau kuasa yang dapat mengubahnya.
Pengganas yang didakwa menggunakan ilmu batin untuk kebal turut memakai
tangkal dan kad meramal hari, iaitu ilmu Kutika yang dipelajari daripada
buku Tajul Muluk dan perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara
Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Itu mungkin kepercayaan mereka," katanya selepas ditemui pemberita di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini semalam.
Anggota Parlimen Silam Salleh Kalbi pula menyifatkan amalan kebatinan
pengganas tidak melambangkan mereka seorang pejuang jihad seperti yang
cuba digembar-gemburkan pihak tertentu di negara ini.
"Menurut Islam adalah haram bagi mana-mana pihak yang ingin
mengganggu-gugat negara yang berdaulat, iaitu pemimpinnya dipilih oleh
rakyat dengan kerelaan hati mereka.
"Tetapi ia dibenarkan jika kedaulatan negara terancam seperti Palestin
kerana ia demi mempertahankan kedaulatan negara itu yang telah
dirampas," katanya yang menyifatkan pengorbanan pasukan keselamatan
adalah satu jihad kerana mempertahankan negara berdaulat.
Tuesday, 2 April 2013
Hati-hati ! Taktik Baru Penjenayah ! Gadis Kena Rogol Selepas Dilanggar

Gambarhiasan
TELUK INTAN -2 April 2013. Bukan sahaja patah tangan kiri akibat
terjatuh selepas bergesel dengan sebuah kereta tetapi seorang gadis yang
menunggang motosikal seorang diri di sini turut dirogol oleh pemandu
kereta yang melanggarnya.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang
berkata, gadis berusia 22 tahun itu bekerja di salah sebuah kilang di
Kampung Ayer Itam dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Chui Chak,
Langkap kira-kira 7.30 malam, Sabtu lalu.
Menurutnya, setiba di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa
bergesel dengan sebuah kereta jenis Proton Wira yang dipandu seorang
lelaki berusia 31 tahun.
Menurutnya, pergeselan itu mengakibatkan mangsa terjatuh ke dalam semak dan mengalami patah tangan kiri serta jari kanan.
“Lelaki itu berpura-pura mahu menolong mangsa selepas terjatuh dan
mengangkat mangsa masuk ke bahagian belakang kereta sebelum merogol
gadis berkenaan.
“Mangsa dalam keadaan separuh sedar dan dalam kesakitan, tidak mampu
untuk melawan suspek daripada melakukan perbuatannya itu,” katanya
kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak (IPD) Hilir Perak,
di sini, semalam.
Kok Liang berkata, selepas melakukan perbuatan jijik terhadap gadis itu,
suspek memberitahu nama dan nombor telefon sebenarnya kepada mangsa
sebelum gadis itu minta lelaki tersebut menghantarnya pulang ke rumah.
Jelasnya, suspek bersetuju untuk menghantar mangsa pulang dengan syarat
tidak memberitahu perbuatan jijik yang dilakukan itu kepada keluarga
gadis berkenaan sebaliknya memberitahu suspek hanya bantu mangsa
daripada jatuh motosikal.
"Suspek menghantar mangsa pulang ke rumah dan berjumpa dengan bapa mangsa ketika membawa pulang gadis itu.
"Selepas suspek pulang, mangsa memberitahu kepada ibunya mengatakan dia
menjadi mangsa rogol dan satu laporan polis dibuat di Balai Polis
Langkap pada hari yang sama," katanya.
Kata beliau, gadis itu juga dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk
menjalani pemeriksaan dan mendapati ada kesan koyakkan baru pada
kemaluannya.
Tambahnya, dengan nombor telefon yang diberikan suspek kepada mangsa
membantu pihak polis mendapatkan maklumat penting bagi menjalankan
siasatan.
“Berdasarkan nombor telefon itu, membawa kepada penemuan tempat tinggal
lelaki berkenaan di Sungai Manik sebelum satu pasukan ke rumah suspek,
kelmarin.
“Ketika polis ke rumah suspek, lelaki tersebut tiada di rumah namun,
kami meminta kepada bapa lelaki itu untuk datang ke balai polis bagi
membantu siasatan,” katanya.
Kok Liang berkata, pada hari yang sama, suspek datang ke Balai Polis
Langkap dan kini lelaki itu ditahan reman bagi membantu siasatan.
Katanya, hasil siasatan mendapati suspek juga cuba merogol seorang
wanita berusia 38 tahun di jalan Sungai Tungku menggunakan cara sama
pada Sabtu lalu, kira-kira jam 6.20 petang.
"Suspek menggunakan modus operandi yang sama dengan cuba melanggar
motosikal yang ditunggang mangsa yang juga seorang kerani sehingga
jatuh.
"Wanita berusia 38 tahun itu berhenti tepi jalan sebelum suspek turut turun dari kereta lalu membuka bonet," katanya.
Melihat tindakan suspek mencurigakan wanita itu cuba melarikan diri
tetapi ditahan lelaki berkenaan sebelum mangsa terjatuh dalam semak.
Beliau menambah, suspek cuba merogol mangsa tetapi menghentikan
perbuatannya apabila sebuah kereta jenis Kancil berhenti berhampirannya
sebelum lelaki itu melarikan diri.
“Wanita itu membuat laporan polis berkenaan kejadian tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
“Hasil daripada ujian air kencing suspek negatif tetapi, lelaki itu mengaku ada menghidu gam sebelum kejadian,” katanya.
SUMBER: SINAR HARIAN
credit [ emas putih ]
Monday, 1 April 2013
Dua Doodle Yang Anis Buat :)



haha okey tu je ! korang kalau ade software paint tool sai yang full bagitau k >< tapi bukan 4shared 2shared tu semua ! selain daripada dua makhluk tersebut tau ! okey bye . night
Yayy Doodle Pertama Anis !


hihi saje je tunjuk doodle buruk ni ..