KUALA LUMPUR 24 Mei - Seorang pramugari berusia 22 tahun yang mahu
meraikan kejayaan bersama rakan sekerja selepas mendapatkan pekerjaan
tetap bertukar tragedi apabila dia dirogol seorang lelaki tidak
dikenali di sebuah hotel di Sentul di sini, kelmarin.
Difahamkan, mangsa dari Kota Bharu, Kelantan, baru memulakan
pekerjaannya dengan sebuah syarikat penerbangan sebulan lalu dan dibawa
rakannya ke sebuah kelab malam untuk meraikan kejayaannya dan mengajar
mangsa untuk bersosial.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mangsa yang tidak pernah meminum arak sebelum ini dikatakan hilang kawalan.
Menurut sumber, kesempatan itu digunakan seorang lelaki berusia
lingkungan 20-an untuk mendekati mangsa sebelum membawanya yang dalam
keadaan mabuk ke sebuah hotel berhampiran.
“Mangsa kemudian dirogol lelaki terbabit sebelum meninggalkan mangsa
berseorangan. Kejadian itu hanya disedari mangsa selepas mendapati dia
berbogel dalam sebuah bilik hotel, kira-kira jam 10 pagi keesokan
harinya. [Harian Metro]
No comments: