Afiq Muiz dedah krisis keluarga, bingung dakwaan ibu konon dia berubah hati
Enggan membuka pekung keluarga membuatkan aktor, Afiq Muiz, 21, lebih rela memendam rasa.
Namun, semalam, ketika tersebar cerita kononnya Afiq anak derhaka
seperti yang didakwa ibunya, Hasliza Mohamad, 48, jejaka ini tampil
mendedahkan kemelut dalaman keluarga termasuk hubungan dengan ibu.
Dakwa Afiq, sejak mula berlakon, hampir semua pendapatannya diserahkan kepada ibu setiap bulan.
Namun, sebagai anak, Afiq bingung segala perhatian yang diberi termasuk wang ringgit seakan tidak mencukupi.
“Ya, selama ini saya berdiam sebab malu jika orang tahu ibu saya
seperti tamakkan duit. Setiap kali saya habis shooting, bukan khabar
ditanya, sebaliknya ada duit atau tidak. Banyak manalah (pendapatan)
yang saya dapat. Namun, saya bagi sebab tak mahu dicaci atau dicop tak
mengenang budi.
Simpan bukti
“Ibu menuduh saya
bagai derhaka dan menyumpah seranah, tapi kenapa ibu tidak cerita
apabila pulang ke rumah, hanya kata-kata kesat dihamburkan. Saya marah
adik-adik yang kurang ajar dengan memanggil saya bodoh, dikata pula
baran.
“Saya ikut apa saja perintahnya. Tidak tinggal sebumbung
pun jadi isu. Bukan saya tidak sayang, saya fikir daripada asyik
bergaduh, baik saya tinggal di luar. Saya tetap menghubunginya dan
singgah ke rumah. Namun, kenapa layan saya seperti sampah?” katanya
meluahkan perasaan terpendam.
Afiq mendakwa, dia menyimpan
banyak bukti termasuk dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur
ugutan dan desakan memberi wang, selain pernah dipukul saudara sendiri
berpunca masalah sama.
Luahan penuh emosi itu dilakukan Afiq
atau nama sebenarnya, Muhamad Afiq Muiz Azman Shah selepas Hasliza
mendakwa anaknya durhaka dalam sebuah portal hiburan. Hasliza juga
mendakwa Afiq berubah sikap sejak rapat dengan seorang artis wanita.
Prasangka umi jejas hubungan
Afiq
yakin gadis dimaksudkan ibunya adalah Iena Azman, 18, rakannya yang
paling akrab sejak empat tahun lalu. Menurut Afiq, Iena banyak
membantunya ketika susah.
Tambahnya Afiq, dia malu bukan saja kepada masyarakat malah Iena dan keluarganya apabila terheret sama dalam konflik itu.
“Sebenarnya, bukan Iena saja. Mana-mana gadis yang rapat dengan saya
pasti menjadi mangsa umi yang akan menghubungi mereka tanpa usul
periksa. Macam sebelum berkawan dengan Iena, saya punya kekasih, tetapi
hubungan saya tidak kekal disebabkan prasangka umi.
“Salahkah
saya berkawan? Adakah ibu pasti setiap gadis yang rapat dengan saya mahu
menghabiskan duit saya? Umi dakwa sejak kenal Iena saya habiskan
RM30,000. Tahukah ibu saya hanya gunakan tidak sampai separuh untuk
membeli perabot dan televisyen rumah sewa saya.