Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani…
Ya
Allah..lancarkanlah jari ini menaipkan sebuah pengalaman yang amat
berharga dari seorang insan yang dipilih Allah untuk berjumpa Nabi
Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10
0gos 2006.
Nama
yang dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud
‘kesayanganku’, jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda,
Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan
mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang
mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul
selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik itu.
Al-Quran
30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3
tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri
kelahirannya. Beliau hafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah yang
mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau
hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk
menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat
Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau
pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.
Akak
ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun
yang lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian
belakang tubuhnya. Tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak
8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan,
beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya
hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya
ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau
berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg.
Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali
sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.
Hari2
yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai
pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan
makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh,
Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat,
berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu perubatan Islam
serta akhir sekali bertemu seorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya
mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan
membaca Surah Al-Baqarah.
Pagi
Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama
tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi untuk solat.
Berbekalkan sedikit kekuatan yang digagahkan, beliau ke bilik air untuk
berwudhu’ dengan memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau
untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti
ada yang menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu
berdiri. Justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau
ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg
mungkin sudah tidak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya
Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau
ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat daripada
Rasulullah s.a.w. sendiri..”
Kemudian
beliau pengsan. Kawan-kawan sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya
dan di baringkan di sana . Waktu itu, mereka telah pun ‘forward
message’ pada rakan-rakan yang lain agar dibacakan surah Yasin kerana
beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dengan nombor2 ahli
keluarganya untuk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah.
Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dengan tenang dalam waktu
qoilulah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai
telekung dengan tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat
asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan
kelihatan banyak tiang di sekitarnya.
Tiba-tiba
datang seorang Hamba Allah dengan wajah yang bercahaya dari arah depan
dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya
SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2,
siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa
sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh
kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian,
Hamba Allah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, ana Rasulullah!!..”
Subhanallah..Baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain
serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata
Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu
Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi”
(kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!
Kemudian
Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala; “InnaAllahama’
assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika
mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu
Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan
diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp
diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti,
dengan sakit yg enti tanggung selama ini, dan dengan berkat Al-Quran
yang enti pelihara di dalam hati, maka Allah bukakan hijab untuk enti
nampak ana..” Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya
Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah… Ketika itu, beliau dapat
merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yang begitu besar buat
dirinya.
Kemudian
Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam.
InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian
melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati…” dan beliau nampak jelas Nabi
menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir
untuk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau
merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah..” tetapi Baginda tetap pergi.
Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda
kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti,
apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja
Baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam…
Sedar
daripada tidur yang amat indah pengisiannya itu, beliau masih
dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam
tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah…” Beliau kemudian menceritakan
kepada rakan-rakannya tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam
Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran
rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi kerana kita jarang2 ingat pada
Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita
sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.
Ya
Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi daripada kalimah
Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yang begitu besar
yang Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima
anugerah dengan ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat
diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yang lebih tinggi dari
Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya
terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular
di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi untuk
kesakitan ini.
Usai
solat Zuhur, rasa sakit yang ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau
merasakan sakit yang sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan
seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau
akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau
pujuk diri untuk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yang aku tanggung
ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi untuk melihat Baginda Nabi
s.a.w..”
Kemudian
beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg
biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya
Allah, apa lagi yang hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa
malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dengan izin Allah, datang
empat orang yang berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya
mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan
salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu
Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..”
Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg
mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yang amat lembut
perwatakannya, Saidina Ummar dengan wajah tegasnya, Saidina Uthman yg
cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.
Para
Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh Baginda Nabi untuk membantu
enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg
bermaksud:
“Dan
mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan
Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang
kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2
malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya
tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan
‘Sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’
Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat)
memisahkan antara seorang (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan
dapat mencelakakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah.
Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat
kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli
(menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di
akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual
dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”
Selesai
membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang
sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yang sakit dahulu
ditukarkan Allah s.w.t. dengan tubuh yang baru. Hilang segala kesakitan
yang setahun lebih ditanggung beliau dengan sabar. Saidina Abu Bakr
mengatakan; “Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang
sabar..” Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia itu pun pergi
meninggalkannya.
Selesai
mimpi indah yang kedua ini, beliau bangun dari tidur dan terus duduk.
Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dengan mudah .
Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan
alhamduliLlah..dengan mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar
bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di
situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk
berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah
s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat
diriku menjadi hamba-Mu yang bersyukur atas nikmat yang telah Engkau
berikan..”
Beliau
berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia
sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki
melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah
dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah
dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan
dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti
diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je
akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan
betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini
bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir
sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”
Marilah
kita kenangkan nabi kita...Dialah pemimpin dan ibu ayah ruh kita.
Dialah nabi yang diutus sepanjang zaman..Keperibadiannya indah.
'Cerminan al-Quran' kata ‘Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan,
diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan
di muka bumi ini melalui Baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala.
Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari
hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke
akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu
kemuliaan…
Pernah
suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para
sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata Baginda s.a.w. Para sahabat
gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah
saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, Baginda mengatakan bahawa
terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya
Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab,
“Tidak!, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum
pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku… Aku
sangat rindu bertemu dengan mereka.....” Apakah kelebihan mereka tanya
Saidina Abu Bakar lagi, "Satu sunnah yang dapat mereka tegakkan di zaman
mereka sama seperti 70 pahala syahid di kalangan para sahabatku" (atau
ada riwayat mengatakan menyamai 100 pahala syahid para sahabat)
"Sesungguhnya
Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang
beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam
penghormatan kepadanya" (al-Ahzab:56)
p/s: Sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah
ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah
dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)
No comments: